OPPO Find N6 kini rasmi dengan teknologi Zero-feel Crease – RM 8,699
OPPO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar foldable terbaru mereka iaitu OPPO Find N6 yang direka untuk menetapkan standard baharu dalam dunia telefon pintar boleh lipat. OPPO menggunakan inovasi teknologi bagi mengatasi kelemahan utama peranti jenis ini seperti kesan lipatan yang jelas serta Kalis habuk dan air.
Dari segi prestasi, Find N6 hadir dengan cip flagship Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digandingkan dengan 12GB atau 16GB RAM LPDDR5X serta storan sehingga 1TB UFS 4.1. Ia juga hadir dengan bateri yang lebih besar iaitu bateri silikon karbon berkapasiti 6,000mAh dengan 80W SuperVOOC dan 50W AirVOOC .
Rekaan OPPO Find N6 merupakan peningkatan paling ketara. Walaupun saiz dan paparan masih hampir sama seperti generasi sebelumnya, Oppo telah mereka semula bahagian engsel. Kini ia menggunakan reka bentuk Titanium Flexion generasi kedua yang 11% lebih lebar, dengan lipatan berbentuk “teardrop” yang lebih lembut untuk mengurangkan kehausan dalam jangka masa panjang.
Paling mencuri tumpuan adalah “Zero-feel crease”, masalah lipatan pada skrin sebenarnya berpunca daripada struktur engsel yang terdiri daripada banyak komponen dengan ketinggian berbeza, menyebabkan permukaan tidak sekata. Oppo menggunakan teknologi imbasan laser dengan ketepatan 0.3 mikrometer, kemudian menambah lapisan polimer melalui cetakan cecair 3D yang dikeraskan menggunakan UV secara berlapis. Hasilnya, ketidaksamaan permukaan engsel berjaya dikurangkan daripada sekitar 0.2mm kepada hanya 0.05mm.
Selain itu, lapisan skrin “auto-smoothing Flex Glass” turut dipertingkat — kini 50% lebih tebal, dengan pemulihan bentuk 100% lebih baik dan ketahanan terhadap ubah bentuk meningkat sehingga 338%. Skrin juga akan “kembali rata” secara aktif selepas dibuka.
Keseluruhannya, ini bermakna kesan lipatan akan kurang dirasai dan tidak mudah menjadi lebih ketara dari masa ke masa. Oppo turut mendakwa peranti ini telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland untuk jaminan sehingga 600,000 lipatan dengan keadaan kekal rata, dan mampu mencapai sehingga 1 juta lipatan secara keseluruhan.
Bukan itu sahaja, ketahanan keseluruhan turut dipertingkat dengan penarafan IP56/IP58/IP59, termasuk perlindungan terhadap kemasukan debu.
Di bahagian belakang, OPPO Find N6 kini dilengkapi kamera utama 200MP, namun masih menggunakan saiz sensor yang sama iaitu 1/1.56 inci (ISOCELL HP5). Lensa juga sedikit lebih terang dengan bukaan 21mm f/1.8 berbanding f/1.9 sebelum ini. Turut diperkenalkan ialah sensor True Color yang pertama kali muncul pada siri Find X9, bagi menghasilkan imbangan putih yang lebih tepat dan warna yang lebih semula jadi.
Untuk zoom, ia masih menggunakan sensor 1/2.75 inci (ISOCELL JN5), tetapi dengan lensa baharu 70mm f/2.7 berbanding 75mm sebelum ini.
Perubahan paling ketara adalah pada kamera ultrawide, yang kini menggunakan sensor 50MP (1/2.75 inci, JN5) bersama lensa 15mm f/2.0 dan autofokus.
Selain itu, kedua-dua skrin turut memiliki kamera selfie 20MP (ISOCELL KD1) dengan lensa 21mm f/2.4 jenis fokus tetap.
Seterusnya, Find N6 hadir dengan panel utama LTPO OLED berukuran 8.12-inci yang memiliki resolusi FHD+ dan kadar segar semula adaptive 1-120Hz. Ianya juga hadir dengan nisbah 9:9:9 dengan kecerahan maksima sehingga 2,500nits.
Dalam pada itu, panel skrin luar yang dimiliki telefon pintar ini adalah LTPO OLED berukuran 6.62-inci juga dengan resolusi FHD+ yang menawarkan kecerahan maksima sehingga 3,600nits.
Akhir sekali, OPPO Find N6 hadir dengan Android 16 bersama ColorOS 16, dan Oppo menjanjikan sokongan jangka panjang iaitu sehingga 5 tahun kemas kini Android serta 6 tahun kemas kini keselamatan.
OPPO Find N6 kini dibuka untuk pra-tempahan dari 9 hingga 19 Mac, dengan rebat tambahan RM500 untuk tukar beli telefon lama serta hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,297. Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima OPPO Watch S atau LeFant M320 Robot Vacuum Cleaner secara percuma, bersama OPPO AI Pen Kit serta keistimewaan My OPPO Members.
Jualan rasmi OPPO Find N6 di Malaysia akan bermula pada 20 Mac ini pada harga RM 8,699 bagi versi 16/512GB.
Pra-tempah OPPO Find N6 di SINI





