Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR raih 70 Anugerah Media di MWC – Robot Phone antara yang mencuri tumpuan global

HONOR raih 70 Anugerah Media di MWC - Robot Phone antara yang mencuri tumpuan global 1

HONOR raih 70 Anugerah Media di MWC - Robot Phone antara yang mencuri tumpuan global 2

HONOR telah mengesahkan bahawa ianya telah meraih pengiktirafan meluas daripada media-media utama dengan memenangi lebih 70 anugerah menerusi visi Augmented Human Intelligence, inovasi robotik, telefon boleh lipat mercu dan ekosistem peranti AI yang semakin berkembang di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2026.

Tahun ini, HONOR menampilkan inovasi Robot Phone dan robot humanoid sebagai penerokaan berani dalam kecerdasan berjasad (embodied intelligence), manakala trio peranti perdana, iaitu Magic V6, MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14 (2026), melengkapkan lagi pengumuman terkini ekosistem peranti AInya.

HONOR raih 70 Anugerah Media di MWC - Robot Phone antara yang mencuri tumpuan global 3

Robot Phone: Mengubah perkakas mudah alih kepada teman AI hidup

Bloomberg menyifatkan pelancaran HONOR sebagai langkah yang “menetapkan hala tuju” bagi perhimpunan tahunan industri mudah alih itu, sambil memberi perhatian khusus kepada gabungan interaksi AI berjasad, pergerakan bertaraf robotik dan pengimejan sinematik.

Reuters dan CNBC pula menonjolkan peranti tersebut sebagai sebahagian daripada langkah lebih meluas HONOR dalam AI berjasad, sekali gus meletakkan peranti tersebut sebagai demonstrasi berprofil tinggi tentang bagaimana perkakasan AI boleh bergerak dan memberi respons dalam dunia sebenar.

Sementara itu, media teknologi pula tertarik dengan unsur kemanusiaan yang ditampilkan oleh peranti tersebut. Engadget menggambarkan Robot Phone sebagai “robot peribadi kecil yang sangat lincah dan comel”. Sementara itu, GadgetMatch pula memujinya sebagai gambaran awal teknologi mudah alih masa depan yang terasa lebih seperti teman hidup berbanding sekadar gajet.

HONOR raih 70 Anugerah Media di MWC - Robot Phone antara yang mencuri tumpuan global 4

HONOR Magic V6, ‘standard Gold’ terbaharu telefon pintar boleh lipat dan ketahanan

HONOR Magic V6 menerima pujian meluas atas reka bentuknya yang ultra nipis, ketahanan yang cemerlang serta prestasi peneraju industri. Peranti ini turut diiktiraf oleh media teknologi global sebagai peranti boleh lipat pertama yang dikuasakan oleh platform perdana Snapdragon 8 Elite Gen 5.

TechRadar memuji peranti boleh lipat itu kerana sekali lagi menetapkan penanda aras baharu, dengan menonjolkan reka bentuknya yang ultra nipis serta rintangan air dan debu bertaraf IP69. Sementara Android Authority, Trusted Reviews, dan Stuff pula menekankan keseimbangan antara reka bentuk, ketahanan dan daya tahan yang ditawarkannya. GSMArena menyifatkan HONOR Magic V6 sebagai “satu pencapaian penting bagi telefon boleh lipat”, sambil memuji kapasiti bateri terbesar setakat ini yang digabungkan dalam reka bentuk tahan lasak dan berprestasi tinggi.

HONOR raih 70 Anugerah Media di MWC - Robot Phone antara yang mencuri tumpuan global 5

HONOR merangkul anugerah Inovasi Peranti Disruptif Terbaik bagi inovasi teknologi bateri Magic V6

HONOR turut menerima pengiktirafan menerusi anugerah Global Mobile (GLOMO) “Inovasi Peranti DIsruptif Terbaik” bagi teknologi bateri silikon karbon pada Magic V6. Bateri silikon karbonnya menampilkan kandungan silikon luar biasa setinggi 25%, sekali gus membolehkan kapasiti bateri yang besar dimuatkan dalam bingkai ultra nipis.

Jenama ini turut memperkenalkan Silicon-carbon Blade Battery generasi seterusnya dengan kandungan silikon 32% serta ketumpatan tenaga 985 Wh/L, sekali gus menandakan satu lagi lonjakan dalam teknologi bateri ultra nipis dengan kapasiti tenaga tinggi.

HONOR MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14: Penanda aras baharu stesen kerja mudah alih

Melangkaui telefon pintar, HONOR turut diiktiraf kerana membangunkan ekosistem yang lancar dan berprestasi tinggi. MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14 diberi perhatian sebagai penanda aras baharu bagi golongan profesional dan pencipta kandungan.

TechRadar memuji HONOR MagicPad 4 atas kejuruteraannya yang disifatkan sebagai “mustahil”, malah menyebutnya sebagai “tablet dengan reka bentuk paling mengagumkan di dunia”. TechAdvisor pula memberikannya skor hampir sempurna, iaitu 9/10, atas reka bentuk ultra nipis serta fokus peranti tersebut  terhadap produktiviti.

Bagi barisan AI PC HONOR, TechRadar menyatakan MagicBook Pro 14 “melangkah ke hadapan dalam hampir setiap aspek”, sekali gus mengukuhkan naratif ekosistem HONOR yang terus berkembang.

Anugerah dan pengiktirafan ini mencerminkan penerimaan yang semakin meluas terhadap peralihan HONOR ke arah visi ekosistem peranti AI yang lebih bersepadu, sambil meneruskan legasinya dalam menghasilkan peranti yang cemerlang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengumuman HONOR di MWC 2026, sila layari www.honor.com.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.