Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate80 Pro kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 3,999 sahaja

HUAWEI Mate80 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 sahaja 1

 

HUAWEI Mate80 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 sahaja 2

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan HUAWEI Mate 80 Pro di Malaysia yang menyaksikan kembalinya HUAWEI Mate Series ke pasaran global selepas beberapa tahun.

HUAWEI Mate80 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 sahaja 3

Terus ke rekaan, Mate80 Pro tampil dengan rekaan Dual Space Rings with Symmetrical Aesthetics bersama rekaan panel hadapan (flat) yang memiliki bezel yang nipis dan penarafan kalis air dan debu IP68 + IP69.

HUAWEI Mate80 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 sahaja 4

Selain itu, Mate80 Pro hadir dengan skrin paparan 120Hz OLED berukuran 6.75-inci dengan resolusi 1.5K dan kecerahan maksima mencecah 3000nits serta 1440Hz PWM Dimming. Ianya turut dilapisi gelas keselamatan generasi ke-2 Kunlun Glass.

Beralih kepada cipset, Mate80 Pro akan dikuasakan cip Kirin 9030 Pro bersama 16GB RAM dan storan dalaman 512GB serta beberapa ciri AI yang inovatif.

HUAWEI Mate80 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 sahaja 5

Ke bahagian kamera, HUAWEI Mate80 Pro menampilkan sistem kamera true-to-color yang terdiri dari sensor utama 50MP RYYB yang memiliki OIS (f/1.4-f/4.0), sensor ultrawide RYYB 48MP f/2.2 dan sensor telefoto 48MP yang menawarkan 4x zoom optikal dan turut memiliki OIS. Sensor warna true-to-colour juga disertakan bersama ISP generasi ke-9.

HUAWEI Mate80 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 sahaja 6

Seterusnya, HUAWEI Mate80 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 5,750mAh bersama pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 100W dan pengecasan tanpa wayar 80W.

HUAWEI Mate80 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 sahaja 7

HUAWEI Mate80 Pro kini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 3,999 dan setiap pembelian akan turut menerima HUAWEI MatePad 11.5 bersama smart keyboard, HUAWEI Care Service, Penggantian Bateri selama 3 tahun (sah untuk satu tuntutan), Penggantian pelindung skrin selama dua tahun (sah untuk empat tuntutan), serta Waranti APAC selama satu tahun. 

HUAWEI Mate80 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 sahaja 8

Pelanggan juga boleh menikmati manfaat premium tambahan AppGallery bernilai sehingga RM1,565, termasuk tawaran eksklusif daripada jenama seperti Kiehl’s, Wilson, Salomon, DurianBB, ANTA dan OGAWA, serta tawaran Shopee PayLater diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM600 di HUAWEI Experience Store terpilih.

Dapatkan HUAWEI Mate80 Pro di HUAWEI Experience Stores,  HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.