Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tapak Reno OPPO Malaysia Satukan Komuniti Untuk Moreh, Turut Umum Promosi Ramadan-Raya

Tapak Reno OPPO Malaysia Satukan Komuniti Untuk Moreh, Turut Umum Promosi Ramadan-Raya 1

Tapak Reno OPPO Malaysia Satukan Komuniti Untuk Moreh, Turut Umum Promosi Ramadan-Raya 2

Bulan Ramadan bukan sahaja masa untuk muhasabah dan refleksi diri, malah juga musim yang menyatukan rakyat Malaysia. Dari bangun awal untuk bersahur hingga membuat persiapan berbuka puasa, Ramadan turut diteruskan dengan sesi moreh yang meriah, menjadikan bandar dan pekan hidup pada waktu malam apabila rakyat Malaysia meluangkan masa bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagi meraikan kemeriahan tradisi ini, OPPO Malaysia menganjurkan Tapak Reno, sebuah acara moreh santai yang meriah di Saloma, Kuala Lumpur. Dianjurkan bersama program hiburan tempatan Melodi TV3, acara ini dibuka kepada orang ramai pada jam 9.00 malam, menyambut ratusan pengunjung untuk menikmati suasana santai namun penuh kemeriahan ala bazar di tengah-tengah bandar. Malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan seperti Nabila Razali, Empty Page, NAKI dan Nazu.

Tapak Reno OPPO Malaysia Satukan Komuniti Untuk Moreh, Turut Umum Promosi Ramadan-Raya 3

Tapak Reno menampilkan suasana malam Ramadan yang penuh kemeriahan. Pelbagai gerai makanan yang menawarkan hidangan tempatan dan juadah popular memenuhi lokasi acara, bersama program hiburan menarik oleh Melodi TV3 yang menampilkan persembahan muzik moden dan tradisional dalam versi santai, permainan serta sesi bual bicara eksklusif.

Tapak Reno OPPO Malaysia Satukan Komuniti Untuk Moreh, Turut Umum Promosi Ramadan-Raya 4

Rakam Setiap Momen Raya dengan Siri OPPO Reno15

Acara ini turut menampilkan zon interaktif dan aktiviti jenama yang mengajak pengunjung merakam dan berkongsi momen Raya mereka menggunakan OPPO Reno15 Series. Direka untuk mereka yang gemar merakam dan berkongsi detik terbaik dalam kehidupan, Reno15 dilengkapi Kamera Selfie Ultra Lebar 50MP dengan sudut pandangan 100°, membolehkan lebih ramai rakan serta suasana perayaan Raya dimuatkan dalam satu gambar tanpa memerlukan selfie stick. Selain itu, ciri pertama dalam industri AI Motion Photo Popout membantu pengguna menghasilkan kolaj yang lebih kreatif, menjadikan setiap perkongsian lebih dinamik dan bermakna.

Tapak Reno OPPO Malaysia Satukan Komuniti Untuk Moreh, Turut Umum Promosi Ramadan-Raya 5

Tawaran Eksklusif Ramadan-Raya Kini Tersedia

OPPO Malaysia turut melancarkan kempen Ramadan-Raya mereka bertajuk “Merayai This Moment”, yang berlangsung dari 7 Mac hingga 5 April 2026. Kempen ini menampilkan pelbagai tawaran menarik untuk siri Reno, siri Find dan model terpilih lain melalui promosi jualan kilat, hadiah percuma serta cabutan bertuah.

Pelanggan yang membeli OPPO Reno15 Series akan menerima hadiah eksklusif termasuk Raya Gift Box bernilai RM169, serta peluang memenangi skin Hero MLBB eksklusif melalui aplikasi My OPPO.

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan juga boleh mendapatkan OPPO Find X9 Pro pada harga istimewa RM4,999 (RRP: RM5,099), serta menerima OPPO Enco Air4 percuma (bernilai RM249) dengan setiap pembelian siri OPPO Find X9.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Merayai This Moment dan OPPO Reno15 Series, layari: https://tinyurl.com/OPPOMerayaiThisMoment.

Baca : ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G – premium, berkuasa dan pintar

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.