Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic8 Pro Professional Imaging Kit kini rasmi di Malaysia

HONOR Magic8 Pro Professional Imaging Kit kini rasmi di Malaysia 1

HONOR Magic8 Pro Professional Imaging Kit kini rasmi di Malaysia 2

HONOR Magic8 Pro telah dilancarkan secara rasmi pada bulan penghujung tahun lalu pada harga dari RM 4,599 sebagai antara flagship yang berbaloi untuk dimiliki.

Melihat kepada trend pelancaran telefon pintar yang turut disertakan dengan Photography Kit, HONOR kini telah mengumumkan bahawa Professional Imaging Kit untuk HONOR Magic8 Pro akan ditawarkan di Malaysia bermula 1 Mac ini.

HONOR Magic8 Pro Professional Imaging Kit kini rasmi di Malaysia 3

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di Facebook HONOR Malaysia mendedahkan bahawa Professional Imaging Kit ini akan menawarkan pengguna kadar zoom sehingga 235x Zoom untuk rakaman yanh lebih jauh dengan ketepatan yang jelas dan tajam selain turut memiliki penstabilan CIPA 6.5 yang dipertingkatkan iaitu standard tertinggi industri untuk rakaman yang lebih stabil tanpa gegaran.

Selain itu, berdasarkan imej yang dikongsi, Professional Imaging Kit bagi HONOR Magic8 Pro telah dibangunkan bersama Telesin dan memiliki butang shutter, zoom dan banyak lagi.

Bercakap mengenai ketersediaan, Professional Imaging Kit bagi HONOR Magic8 Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 1 Mac 2026 pada harga RM 1,499 dan akan ditawarkan di HONOR Official Store (honor.com), HONOR Experience Stores (HES), Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Baca Ulasan : ULASAN : HONOR Magic8 Pro – Prestasi, Kamera 200MP & Ketahanan Bateri

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.