HONOR acah pelancaran telefon pintar baharu dengan rekaan Classic Triangular Design
HONOR, sebuah syarikat ekosistem peranti AI terkemuka global, telah mengacah kehadiran telefon pintar terbaharunya di Malaysia yang direka untuk merapatkan jurang antara reka bentuk industri bertaraf tinggi dan inovasi mampu milik.
HONOR telah mengeluarkan teaser di saluran rasmi mereka yang memaparkan seni bina kamera segi tiga klasik menyerupai iPhone. Melengkapkan reka bentuk tersebut ialah bingkai logam premium yang memberikan rasa seperti peranti flagship pada harga yang lebih berpatutan.
Selain itu, telefon pintar ini juga hadir dengan penampilan luaran yang menarik, dijanka akan menawarkan storan terbesar dalam kelas harganya, membolehkan pengguna menyimpan foto, fail dan aplikasi tanpa perlu risau tentang ruang simpanan.
Nantikan! Pendedahan penuh termasuk spesifikasi dan harga yang akan diumumkan tidak lama lagi di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari laman web rasmi di www.honor.com/my/.

