Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band – lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 1

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 2

Sedang mencari sebuah peranti wearable yang setaraf jam tangan pintar namun pada harga yang lebih berpatutan?, Memperkenalkan HUAWEI Band 11, Generasi HUAWEI Band yang paling besar dan ringan pernah dilancarkan.

Dengan paparan berukuran 1.62-inci yang besar, ianya lebih cerah untuk tahap penglihatan yang lebih jelas, serta ciri kesihatan yang dipertingkat seperti penjejakan tidur yang menyeluruh dan analisis kesihatan jantung yang diperakui CE & MDA, HUAWEI Band 11 direka untuk pengguna yang mahukan lebih daripada sebuah band pintar tanpa menjejaskan keselesaan atau gaya.

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 3

Paparan besar, Keterlihatan maksimum dan Keselesaan pemakaian terbaik

Skrin Lebih Besar untuk Pengalaman yang Lebih Imersif

HUAWEI Band 11 hadir dengan skrin paparan 1.62-inci yang bukan hanya lebih besar malah lebih cerah dan ianya juga tampil dengan bezel yang lebih nipis yang menjadikan ruang skrin adalah 27% lebih besar berbanding generasi sebelum ini.

Band 11 juga tampil dengan pengalaman visual yang telah dipertingkatkan dengan antara muka yang diperbaharui serta tahap kebolehbacaan yang dipertingkat:

  • UI yang direka semula dengan ikon lebih terang dan berpenampilan premium
  • Pelancar Dynamic Hex Grid untuk navigasi yang lebih lancar
  • Kebolehbacaan yang dipertingkat untuk data kompleks seperti Carta Sleep Gantt dan Smart Assistant Update , menjadikan maklumat mudah difahami dengan cepat.

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 4

Kerangka Lebih Ringan & Lebih Nipis

  • HUAWEI Band 11 tampil dengan rekaan Ultra-Slim  yang direka untuk memberikan keselesaan bergaya sepanjang hari. Ianya tampil dengan ketebalan hanya 8.9mm manakala berat sekitar dari 16 gram sahaja.

Skrin Lebih Terang untuk Keterlihatan yang Dipertingkat

  • Kesemua model HUAWEI Band 11 tampil dengan skrin paparan yang menawarkan kecerahan sehingga 1,500nits untuk paparan visual yang lebih jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang.
  • Dalam pada itu, HUAWEI Band 11 Pro pula tampil dengan rekaan yang premium pada berat sekitar 18gram dengan paparan yang lebih cerah iaitu mencecah 2,000nits.

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 5

Penjejakan Kesihatan menyeluruh, terus di pergelangan tangan anda

Penyelesaian Tidur Menyeluruh (Tidur Sejenak + Tidur Malam)

HUAWEI Band 11 kini menampilkan teknologi penjejakan tidur yang dipertingkat yang termasuk :

Nap Summary: Menganalisis tempoh tidur sejenak dan mencadangkan tempoh rehat yang ideal sepanjang hari

Sleep Breathing Awareness : Mengenal pasti gangguan pernafasan dan menyediakan penilaian risiko untuk membantu menjaga kualiti tidur
Selain daripada itu, HUAWEI Band 11 juga menawarkan maklumat tambahan berkaitan tidur seperti Sleep Score, Sleep HRV, Sleep Gantt Chart, Average SpO2 dan Average Respiratory Rate.

Untuk rehat yang lebih baik, pengguna boleh mengakses pelbagai ciri melalui Aplikasi HUAWEI Health yang termasuk Breathing Training, Sleep Music dan Sleep Analysis berdasarkan trend harian, mingguan, dan bulanan.

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 6

Analisis Kesihatan Jantung Profesional

HUAWEI Band 11 hadir dengan ciri Analisis Aritmia Gelombang Nadi yang telah menerima penarafan CE yang mampu mengesan risiko fibrilasi atrium dan palpitasi pada peringkat awal.

Selain itu, Kebolehan sensor ini juga telah dipertingkatkan berbanding generasi sebelumnya dengan penambahbaikan pada Detection graph, HRV tracking dan Exercise & heart rate recovery insights.

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 7

Emotional Wellbeing — Pengesanan Ditingkatkan

HUAWEI Band 11 tampil dengan pengesanan kesejahteraan emosi pelbagai dimensi yang dipertingkatkan.Ia menggabungkan penjejakan emosi dan tekanan yang berupaya mengesan 12 keadaan emosi berbeza selain turut disertakan dengan animasi  interaktif Pet Watch Face seperti Panda (Hua Hua), Cat  (Felix) dan Dog (Doug)

Ciri kesihatan lain yang turut disokong oleh HUAWEI Band 11 Series ini adalah termasuk penjejakan kesihatan wanita, kadar degupan jantung, dan tekanan.

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 8

Pengalaman Setaraf Smartwatch — Pintar & Mudah 

HUAWEI Band 11 adalah sebuah smartband yang Lebih daripada smart band, ia direka untuk kemudahan gaya hidup dan boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS

Selain itu, Band 11 juga menawarkan jangka hayat bateri  sehingga 14 hari dan ianya kini menggunakan teknologi bateri high-silicon buat pertama kali dengan ketumpatan tenaga sebanyak 12.7% berbanding Band 10.

Antara ciri setaraf jam tangan pintar yang ditawarkan pada HUAWEI Band 11 adalah WhatsApp Quick Reply, Outdoor Compass, Remote Shutter, Calendar dan Calculator.

Tidak lupa juga, pembayaran eWallet TNG QR dengan sokongan screen-off payment tanpa perlu membuka telefon pintar juga ditawarkan pada HUAWEI Band 11.

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 9

Sukan — Kecergasan Tanpa Had

HUAWEI Band 11 menyokong sehingga 100+ mod senaman, termasuk aktiviti darat dan dalam air yang turut meliputi pelbagai sukan popular di Malaysia seperti Padel, Badminton, Yoga, Bola Tampar dan banyak lagi.

Selain itu, HUAWEI Band 11 juga hadir dengan Sistem Enhanced Running Ability Evaluation (untuk semua tahap) merangkumi:

Ramalan Prestasi: Meramalkan masa tamat bagi larian 5K, 10K dan maraton berdasarkan data

Indeks Latihan: Menilai beban latihan untuk memberi cadangan sama ada perlu tingkatkan intensiti, kekalkan atau berehat

Dalam pada itu, Band 11 juga menyokong pengesanan automatik bagi 6 mod senaman iaitu Outdoor Run, Indoor Run, Outdoor Walk, Indoor Walk, Elliptical dan Rower.

Seterusnya, HUAWEI Band 11 juga hadir dengan Mod Kerusi Roda pada Activity Rings yang membolehkan pengguna kerusi roda juga kekal cergas dan aktif. Pada mod ini, Band 11 akan merekod putaran kerusi roda menggantikan langkah dan menggantikan peringatan berdiri (Stand Reminder) dengan Activity Shift.

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 10

HUAWEI Band 11 Pro

Menyentuh serba sedikit tentang HUAWEI Band 11 Pro, versi Pro ini hadir dengan GNSS dengan cip pemposisian HiSilicon baharu untuk ketepatan lebih tinggi selain turut menyokong penjejakan lokasi bagi senaman luar seperti Outdoor walk, run, dan cycle.

Ciri baharu bagi pelari yang mahu penjejakan lebih professional 

HUAWEI Band 11 menawarkan maklumat postur larian berasaskan pergelangan tangan, mod larian trek untuk ketepatan jarak yang lebih tepat dan fungsi Auto-Pause ditambah pada Outdoor Run & Outdoor Cycle untuk rekod senaman yang lebih tepat.

HUAWEI Band 11: Nikmati pengalaman smartwatch pada harga smart band - lengkap dengan penjejakan tidur dipertingkat serta analisis kesihatan jantung bertaraf profesional pada harga serendah dari RM 149 11

Kesimpulan

HUAWEI Band 11 membuktikan bahawa sebuah smartband mampu memberikan pengalaman seperti jam pintar sebenar — tanpa harga premium. Sama ada anda ingin memperbaiki kualiti tidur, kekal aktif, atau sekadar mencari peranti boleh pakai yang bergaya untuk melengkapkan penampilan Raya anda, HUAWEI Band 11 direka untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda secara lancar.

Pengalaman jam pintar pada harga smart band: Band paling besar & paling ringan dengan penjejakan tidur yang dipertingkatkan serta analisis kesihatan jantung profesional bermula dari RM149 sahaja, akan tersedia mulai 2 Mac, jam 8 malam.

Setiap pembelian HUAWEI Band 11 juga akan menikmati tawaran menarik seperti 1 tahun waranti APAC bernilai sehingga RM 129 dan RM 1.09 sahaja untuk langganan HUAWEI Health+ dan percuma 1 bulan langganan Watch Face bernilai RM 38.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI Band 11, sila layari:

🔴 🛒 Laman Web Rasmi HUAWEI

🔴 🛒 Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee

🔴 🛒 HUAWEI Flagship Store di Lazada

🔴 🛒 Kedai Rasmi HUAWEI di TikTok

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.