Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE Edge akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Februari ini

Infinix NOTE Edge akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Februari ini 1

Infinix NOTE Edge akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Februari ini 2

Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Infinix NOTE Edge yang akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Februari ini. Direka untuk pengguna yang mahukan gabungan kuasa dan kemasan premium, NOTE Edge dibina untuk meningkatkan pengalaman harian dengan paparan melengkung yang memukau, ketahanan luar biasa, serta prestasi 5G generasi baharu yang dibalut dalam reka bentuk elegan dan ramping.

Infinix NOTE Edge bakal hadir dengan paparan AMOLED 3D Curved 1.5K Eye-Care bersaiz 6.78 inci dengan teknologi penjagaan mata cahaya biru rendah, direka untuk memberikan kejelasan lebih tajam berbanding skrin FHD+ konvensional sambil mengutamakan keselesaan visual untuk penggunaan harian yang berpanjangan. Ianya juga memiliki kadar segar semula 120Hz, kedalaman warna 10-bit, serta bezel ultra-nipis hanya 1.87mm.

Selain itu, Infinix NOTE Edge ialah bateri terbesar yang pernah diperkenalkan oleh Infinix di pasaran Malaysia, dengan kapasiti 6500mAh yang dibina untuk ketahanan maksimum. Sebagai telefon pintar Infinix pertama di Malaysia yang melepasi ambang bateri 6000mAh, NOTE Edge menawarkan prestasi tahan sepanjang hari tanpa menjejaskan keselesaan atau kebolehgunaan.

Dalam pada itu, bateri ini juga mampu mengekalkan lebih 80% kapasiti selepas 2,000 kitaran pengecasan penuh, bersamaan lebih enam tahun penggunaan harian biasa, dan dilengkapi teknologi penyembuhan kendiri pertama dalam industri yang membaiki kerosakan mikro secara automatik apabila bateri dinyahcas sepenuhnya, sekali gus meminimumkan degradasi jangka panjang.

Lebih lanjut, Infinix NOTE Edge juga bakal menjadi telefon pintar pertama di dunia yang dikuasakan oleh platform MediaTek Dimensity 7100 5G, menawarkan keseimbangan hebat antara prestasi dan kecekapan tenaga. Direka untuk menyokong multitugasan lancar, hiburan imersif dan sambungan sentiasa aktif yang boleh dipercayai, platform ini membawa prestasi 5G generasi baharu kepada rakyat Malaysia yang mengharapkan peranti mereka seiring dengan gaya hidup moden.

Saksikan Jualan Pelancaran Eksklusif Infinix NOTE Edge di TikTok Live

Bagi meraikan pelancaran Infinix NOTE Edge, Infinix akan menganjurkan siaran langsung jualan pelancaran NOTE Edge secara eksklusif di TikTok pada 4 Februari 2026 dari jam 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam, yang akan dikendalikan oleh pengulas teknologi Jay Khor. Penonton berpeluang menyertai pelbagai promosi istimewa termasuk hadiah Giveaway Beg Sampul Edisi Terhad, diskaun eksklusif siaran langsung, serta ganjaran pembelian khas.

Pelanggan yang membeli NOTE Edge semasa siaran langsung juga akan menerima botol air percuma, dan berpeluang menjadi antara yang bertuah untuk menerima NOTE Gift Box eksklusif bernilai RM599.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.