Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR menjadi Jenama Telefon Pintar Pertama Menganjurkan Anugerah Penghargaan Pengguna

HONOR menjadi Jenama Telefon Pintar Pertama Menganjurkan Anugerah Penghargaan Pengguna 1

HONOR menjadi Jenama Telefon Pintar Pertama Menganjurkan Anugerah Penghargaan Pengguna 2

Syarikat ekosistem peranti AI terkemuka global, HONOR, mengalihkan tumpuan daripada produknya kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada menjadikan kejayaannya pada hari ini.

Bagi meraikan lima tahun pertumbuhan dan kepimpinan pasaran telefon pintar dan tablet, HONOR akan menganjurkan anugerah penghargaan khas untuk pengguna pada 4 Februari 2026.

Majlis ini bersempena ulang tahun kelima HONOR di Malaysia, menandakan kali pertama sebuah jenama telefon pintar mendedikasikan satu majlis anugerah untuk penggunanya sebagai penghormatan terhadap kepercayaan dan sokongan tidak berbelah bahagi yang menjadi pemacu perjalanan HONOR ke puncak.

Anda bersuara, kami mendengar’ – rahsia HONOR mendaki ke puncak dalam tempoh 5 tahun

Perjalanan HONOR sebagai jenama bebas sejak 2020, bersaing dalam pasaran yang dikuasai oleh jenama telefon pintar yang sudah lama bertapak, bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, pencapaian HONOR menerajui pegangan pasaran dipacu oleh pendekatan berteraskan pengguna yang konsisten, dengan keutamaan diberikan kepada keperluan pengguna. Ketika jenama lain menumpukan pada pembaikan spesifikasi peranti, HONOR menumpukan kepada gaya hidup rakyat Malaysia yang mahukan telefon pintar ultra-tahan lasak, peranti premium pada harga mampu milik, serta kepercayaan pengguna.

Dengan mengambil kira tentang kerisauan pelanggan terhadap kualiti skrin, HONOR telah menambahbaik siri X yang ‘kebal’ dengan meningkatkan daya tahan dan kelasakan dengan HONOR X9d 5G baharu direka supaya kalis calar dan hentakan, serta mempunyai rintangan air yang dipertingkat.

Sementara itu, permintaan terhadap peranti premium pada harga mampu milik turut menjadi sebab HONOR mengeluarkan peranti dengan ciri spesifikasi setaraf model perdana seperti memasukkan ciri fotografi AI termaju.

HONOR terus membina kepercayaan pengguna bukan sahaja melalui penghasilan peranti berkualiti, malah dengan memperluas rangkaian kepada lebih 100 HONOR Experience Store dan 25 pusat servis rasmi di seluruh negara. Ini bagi memastikan pengguna mudah memenuhi keperluan peranti mereka, daripada mencuba produk secara langsung serta mendapatkan sokongan pasca jualan yang boleh dipercayai.

Mengiktiraf sumbangan luar biasa pengguna terhadap pertumbuhan HONOR

Dedikasi tidak berbelah bahagi daripada pengguna, yang telah menyumbang kepada pertumbuhan HONOR, menjadi inspirasi di sebalik anugerah penghargaan ini.

Majlis ini akan menampilkan lapan kategori anugerah untuk mengiktiraf pengguna HONOR atas kesetiaan mereka sejak HONOR mula bertapak di Malaysia, di samping sokongan luar biasa yang membantu membentuk pengalaman HONOR serta sumbangan bermakna kepada komuniti.

Tiga rakyat Malaysia yang luar biasa akan menerima anugerah berprestij ‘HONOR of Malaysia’, sebagai pengiktirafan terhadap sifat tidak mementingkan diri dan kesanggupan mereka mengorbankan keselesaan peribadi demi membantu golongan memerlukan. Berikut ialah lapan kategori anugerah:

  • Super Supporter Award
  • Tough Love Award
  • Tech Consultant King
  • Future Star Award
  • Beta Excellence Award
  • Next Talent Award
  • Photographer of the Year
  • HONOR of Malaysia Award

Saksikan siaran langsung majlis anugerah penghargaan pada 4 Februari

Tandakan kalendar anda dan saksikan anugerah penghargaan pertama HONOR untuk pengguna Malaysia secara langsung di laman Facebook dan YouTube rasmi HONOR Malaysia pada 4 Februari 2026, bermula 7:00 petang.

Untuk maklumat dan kemas kini lanjut, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.