HUAWEI FreeClip 2 kini rasmi di Malaysia – lebih kompak dan ringan – harga RM 699
Huawei FreeClip 2 kini telah dilancarkan secara rasmi sebagai pengganti kepada HUAWEI FreeClip yang telah mencapai jualan melebihi 2 juta unit diperingkat global. FreeClip 2 masih mengekalkan rekaan C-shaped yang mencengkam telinga dengan lebih selesa, sambil menawarkan penambahbaikan dari segi audio, bateri dan ketahanan.
Dari segi audio, FreeClip 2 memiliki pemacu dual-diaphragm 10.8mm, dipadankan dengan cip audio generasi ketiga HUAWEI serta NPU AI khusus untuk ciri seperti adaptive volume dan peningkatan kejelasan suara. HUAWEI turut menjanjikan bass lebih mantap, volume lebih seimbang, dan sistem panggilan lebih jelas dengan tiga mikrofon dengan pembatalan hingar baharu.
Dalam pada itu, bekas pengecasan FreeClip 2 ini adalah kompak iaitu 14% lebih ringan dengan kemasan Denim. setiap earbuds ini juga mempunyai berat hanya 5.6gram.
Selain itu, FreeClip 2 juga hadir dengan penarafan IP57, memberi perlindungan terhadap habuk dan air. Dari segi bateri, anda boleh menikmati sehingga 38 jam penggunaan bersama bekas pengecas. Ia menyokong pengecasan USB-C berwayar serta pengecasan tanpa wayar.
Huawei FreeClip 2 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Blue, White dan Black pada harga RM 699 (selepas rebat RM 50) dan setiap pembelian juga akan menerima 1 tahun HUAWEI Loss Care Service.
Dapatkan HUAWEI FreeClip 2 di HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop,




