OPPO Reno15 Series cipta sejarah dengan Malaysia Book of Records untuk Acara Biggest Ballon Drop
OPPO Malaysia telah mencipta sejarah apabila secara rasmi dianugerahkan Malaysia Book of Records bagi Largest Balloon Drop Event sempena pembukaan OPPO Reno15 Series Opening Roadshow yang telah berlangsung dari 13 hingga 18 Januari 2026 di IOI City Mall, Putrajaya.
Pengiktirafan ini menegaskan komitmen OPPO dalam menghadirkan pengalaman berani dan imersif yang meraikan kreativiti serta inovasi.
Diinspirasikan daripada rekaan Aurora pada Reno15 Series, OPPO Malaysia menganjurkan aktiviti visual yang memukau dengan 6,000 belon dijatuhkan serentak, menjadikannya peristiwa rasmi yang direkodkan oleh Malaysia Book of Records.
Detik bersejarah itu mengubah ruang acara menjadi lautan warna penuh tenaga, sekali gus menjadi sorotan utama roadshow. Pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk ganjaran kejutan yang disembunyikan dalam belon terpilih.
Di tengah-tengah sambutan ini ialah OPPO Reno15 Series, yang direka untuk memperkasakan kreativiti harian melalui sistem pengimejan canggih dan perisian pintar. Siri ini hadir dengan 50MP Ultra-Wide Selfie Camera yang mampu merakam lebih ramai orang dalam satu gambar, sensor 3.5x Telephoto Vibe Portrait untuk potret yang lebih bergaya. Melalui AI Motion Photo Popout, pengguna juga boleh menghasilkan imej dinamik yang menyerlah di media sosial.
Pengalaman keseluruhan lebih ditingkatkan dengan ColorOS 16, yang menawarkan fungsi pintar seperti AI MindSpace untuk mengurus jadual, merancang hari dan kekal fokus—menjadikan Reno15 Series rakan harian yang ideal untuk produktiviti dan kreativiti.
Selepas kejayaan roadshow dan rekod baharu ini, OPPO Reno15 Series kini tersedia di seluruh negara dengan promosi eksklusif sehingga 28 Februari 2026 di semua OPPO Brand Store dan pengedar sah. Pelanggan layak menerima hadiah percuma seperti OPPO Enco Air 4 dan OPPO Enco Buds3 Pro dengan setiap pembelian Reno15 Series.
Untuk maklumat lanjut mengenai Reno15 Series, sila layari laman rasmi OPPO Malaysia.
OPPO Reno15 Pro 5G: https://bit.ly/OPPOReno15Pro
OPPO Reno15 5G: https://bit.ly/OPPOReno15
OPPO Reno15 F 5G: https://bit.ly/OPPOReno15F
Baca Ulasan Reno15 Pro 5G di bawah




