REDMI Note 15 Pro+ 5G dan REDMI Note 15 Pro kini di Malaysia dengan ketahanan tahap Titan – dari RM 1,399
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan REDMI Note 15 Series di Malaysia yang mana generasi baharu ini hadir dengan ketahanan tahap Titan yang berteraskan tiga teras utama iaitu tahap kalis air lebih tinggi, ketahanan tinggi terhadap jatuhan dan jangka hayat bateri yang lebih panjang untuk kegunaan harian.
REDMI Note 15 Series tampil didalam tiga model iaitu REDMI Note 15 , REDMI Note 15 Pro 5G dan REDMI Note 15 Pro+ 5G.
REDMI Note 15 Pro 5G
REDMI Note 15 Pro 5G hadir dengan skrin paparan Flat AMOLED berukuran 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ianya dikuasakan cip Dimensity 7400-Ultra bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Dari segi ketahanan, REDMI Note 15 Pro 5G hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP66/IP68/IP69/IP69K, tahan jatuhan setinggi 2.5M (SGS Certified).
Seterusnya, REDMI Note 15 Pro 5G hadir dengan sensor utama 200MP ISOCELL S5KHPE bersama sensor ultrawide 8MP bersama kamera selfie 32MP.
Beralih kepada bateri, REDMI Note 15 Pro 5G memiliki bateri 6,580mAh bersama pengecasan pantas 45W dan sokongan reverse charging berwayar pada kadar 22.5W.
Lain-lain spesifikasi REDMI Note 15 Pro 5G adalah HyperOS 2.0 yang berasaskan Android 15, dan ciri Xiaomi AI seperti AI Erase Pro, AI Remove Reflection, AI Image, Expansion, dan AI Image Enhancement.
REDMI Note 15 Pro+ 5G
REDMI Note 15 Pro+ 5G hadir dengan skrin paparan Flat AMOLED berukuran 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4 bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Dari segi ketahanan, REDMI Note 15 Pro+ 5G hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP66/IP68/IP69/IP69K, tahan jatuhan setinggi 2.5M (SGS Certified) dengan lapisan gelas Gorilla Glass Victus 2.
Seterusnya, REDMI Note 15 Pro+ 5G hadir dengan sensor utama 200MP ISOCELL HPE bersama sensor ultrawide 8MP bersama kamera selfie 32MP.
Beralih kepada bateri, REDMI Note 15 Pro+ 5G memiliki bateri 6,500mAh bersama pengecasan pantas 100W HyperCharge yang mempunyai 6 tahun ketahanan bateri dan sokongan reverse charging berwayar pada kadar 22.5W.
Lain-lain spesifikasi REDMI Note 15 Pro+ 5G adalah HyperOS 2.0, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos & Hi-Res Audio, NFC dan ciri Xiaomi AI seperti AI Erase Pro, AI Remove Reflection, AI Image, Expansion, dan AI Image Enhancement.
Harga dan Ketersediaan
Xiaomi REDMI Note 15 Pro 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 16 Januari pada harga dari RM 1,399 bagi versi 12/256GB dan RM 1,599 bagi versi 12/512GB.
Xiaomi REDMI Note 15 Pro 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 16 Januari pada harga dari RM 1,399 bagi versi 12/256GB dan RM 1,599 bagi versi 12/512GB.
Antara promosi pembelian awal yang sah sehingga 28 Februari adalah gandaan storan percuma, 4 tahun waranti bateri, percuma REDMI Pad SE 8.7-inci, 2 tahun waranti liquid damage, front & back cover protection dan 2 tahun waranti asas.







