ULASAN : Anker Laptop Power Bank 25,000mAh – penyelesaian pengecasan mudah alih terbaik dipasaran
Pengenalan
Anker merupakan jenama pengecas mudah alih #1 dunia dan pembangun teknologi pengecasan pantas untuk rumah, kereta dan ketika dalam perjalanan. Ini termasuk palam dinding, pengecas tanpa wayar, pengecas kereta, powerbank , kabel dan banyak lagi.
Produk Anker yang terpilih untuk melalui fasa ulasan kami adalah Anker Laptop Power Bank (A1695) yang merupakan sebuah powerbank berkapasiti 25,000mAh dengan output pengecasan sehingga 165W.
Anker Laptop Power Bank (A1695) ini hadir didalam rekaan yang kompak sesuai untuk dibawa kemana sahaja dengan kuasa untuk mengecas laptop atau 4 peranti lain serentak.
Ini adalah ulasan Anker Laptop Power Bank (A1695) yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 346.
Rekaan
Anker Laptop Power Bank (A1695) mempunyai rekaan yang agak premium dan memudahkan ianya dibawa ke mana sahaja. Ianya mempunyai ketinggian seperti sebuah pasport dengan berat sekitar 595 gram.
Selain itu, Anker Laptop Power Bank (A1695) direka untuk memudahkan pengecasan dan ianya disertakan dengan dua kabel USB-C terbina iaitu kabel boleh tarik 70cm dan kabel 30cm, sesuai untuk dua peranti yang mengecas tanpa kabel. Kabel boleh tarik balik ini boleh dilaraskan panjangnya untuk kegunaan mudah di mana sahaja manakala kabel pendek pula juga berfungsi sebagai lanyard dengan ketahanan berat sehingga 20kg.
Dalam pada itu, kedua-dua kabel ini juga terbukti tahan lasak dimana ianya telah melalui 20,000 kitaran penarikan balik dan 20,000 bengkokan.
Seterusnya, Anker Laptop Power Bank (A1695) juga mempunyai paparan digital yang mudah dibaca menunjukkan kuasa output dan input serta anggaran masa untuk pengecas mudah alih dicas semula sepenuhnya.
Paparan digital ini memberikan anda maklumat seperti suhu ketika digunakan, kadar output dan input pada keempat-empat port, battery health dan jumlah kitaran pengecasan. Ianya turut memaparkan peratusan bateri secara langsung semasa digunakan melalui teknologi ActiveShield 2.0
165W 4-Port Fast Charging
Powerbank Anker ini menawarkan kadar output 165W merentasi 4 port, inu membolehkan pengecasan serentak bagi 4 peranti anda. Setiap port juga menyokong kadar sehingga 100W, yang membolehkan anda mengecas MacBook Air (M3) sehingga ke tahap 50% dalam 21 minit sahaja.

Untuk rekod, anda boleh mengecas Apple iPhone 16 Pro Max ke tahap 50% didalam masa 25 minit manakala Galaxy S24 Ultra boleh dicaj didalam masa sekitar 28 minit.
Lebih lanjut, pengecasan powerbank ini juga adalah lebih pantas dimana 30% pengecasan hanya mengambil masa 21 minit manakala pengecasan penuh pula boleh diselesaikan didalam masa 1 jam 30 minit. Pengecasan peranti ini boleh dilakukan melalui mana-mana port USB-C namun untuk mencapai kadar ini, adapter pengecasan 100W diperlukan.
Penutup
Secara keseluruhanya, Anker Laptop Power Bank (A1695) adalah sebuah powerbank yang serba lengkap untuk semua peranti anda dan ianya juga selamat untuk dibawa dalam penerbangan.
Anker Laptop Power Bank (A1695) kini ditawarkan di Malaysia pada harga sekitar RM 346 dan anda boleh mendapatkanya melalui stor rasmi Anker di Shopee atau Lazada.









