HONOR Magic8 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 5 Disember ini selepas menerima rekod pra-tempahan luar biasa
Sambutan rakyat Malaysia terhadap HONOR Magic8 Pro amat luar biasa sejak dilancarkan Khamis lalu, tempoh pra-tempahan telah menyaksikan permintaan tinggi sehingga stok habis terjual lebih awal, sebelum jualan rasmi bermula esok di seluruh negara.
Rekod penjualan ini mengesahkan keterujaan pengguna terhadap keupayaan kamera peranti tersebut, khususnya kamera Ultra Night Telephoto 200MP yang memberikan prestasi fotografi cahaya rendah yang mengagumkan. Peranti ini turut dilengkapi rangkaian lengkap perkakasan dan perisian terbaik, termasuk cipset berkuasa tinggi dan kos penyelenggaraan yang rendah.
Jualan Pertama Bermula 5 Disember, Dapatkan Pakej Hadiah Percuma bernilai RM2,190
Terlepas pra-tempahan? Jangan risau! HONOR Magic8 Pro boleh didapati di HONOR Experience Store dan stor rakan niaga di seluruh negara bermula 5 Disember 2025.
Setiap pembelian didatangkan bersama pakej hadiah percuma bernilai RM2,190, merangkumi HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan Retak Panel Hadapan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, dan akses Google AI Pro Higher Access selama tiga bulan bernilai RM294. Malah, pembeli masih boleh menikmati rebat segera RM300, menjadikan peranti ini pelaburan yang amat bernilai.
Sertai bengkel HONOR Magic8 Pro dan alami sendiri kehebatan kamera di HONOR Experience Store, IOI City Mall
Sempena jualan rasmi Magic8 Pro, HONOR turut meraikan pembukaan rasmi kedai HONOR Experience Store baharu di IOI City Mall, Putrajaya pada 5 Disember 2025. Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama meraikan dan merasai sendiri pengalaman menggunakan HONOR Magic8 Pro.
Pelbagai persembahan dan aktiviti interaktif turut disediakan, manakala 500 pelanggan terawal akan menerima beg tote eksklusif, istimewa untuk ahli IOI Club.
Pelanggan boleh menyertai empat bengkel khusus yang direka untuk mengetengahkan kehebatan keupayaan kamera HONOR Magic8 Pro, Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP serta ciri-ciri AI termajunya. Sebuah reruai gambar juga disediakan untuk menangkap gambar pelanggan dengan menggunakan Magic8 Pro. Pelanggan yang melengkapkan semua aktiviti akan menerima foto bercetak dan ais krim percuma.
Cabutan bertuah bernilai RM55,000 menanti, termasuk HONOR Magic8 Pro dan tablet!
Sementara itu, pelanggan yang berbelanja RM1,000 atau lebih dalam satu resit di HONOR Experience Store, IOI City Mall dari 5 hingga 14 Disember layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM55,000! Hadiah utama ialah HONOR Magic8 Pro, diikuti tablet HONOR MagicPad 3 dan HONOR Pad 10 WiFi. Hadiah menarik lain termasuk HONOR Watch 2i, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2, bagasi HONOR dan banyak lagi.
HONOR Magic8 Pro hadir didalam tiga pilihan warna yang menawan iaitu Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black dalam dua konfigurasi: 12/512GB pada harga RM 4,599 manakala versi 16GB/1TB ditawarkan pada harga RM5,199.
Peranti ini boleh didapati di HONOR Experience Stores seluruh negara, kedai atas talian HONOR, dan kedai flagship rasminya di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia juga dijual melalui rakan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.
Baca : ULASAN : HONOR Magic8 Pro – Prestasi, Kamera 200MP & Ketahanan Bateri
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/




