Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic8 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan sensor telefoto 200MP

HONOR Magic8 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan sensor telefoto 200MP 1

HONOR Magic8 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan sensor telefoto 200MP 2

HONOR secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu HONOR Magic8 Series.

 HONOR Magic8 Pro ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang meningkatkan kemampuan pemprosesan tugas AI dan pengimejan yang lebih baik dan ianya turut disertakan dengan 12/16GB RAM dan storan dalaman 512GB/1TB.

HONOR Magic8 Pro kini tampil dengan sensor telefoto 200MP yang mana ianya adalah sensor 1/1.4″ (OIS) yang menawarkan zoom optikal 3.7x dan zoom digital 100x.

HONOR Magic8 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan sensor telefoto 200MP 3

Selain itu, sensor utama HONOR Magic8 Pro adalah sensor utama 50MP 1/1.3″ dengan aperture f/1.6 dengan OIS manakala sensor ultrawide adalah sensor 50MP 122° yang turut boleh digunakan untuk fotografi makro.

Dalam pada itu, kamera selfie juga satu lagi sensor 50MP 90° pada lubang berbentuk pil yang turut menempatkan 3D face scanner. HONOR Magic8 Pro juga memiliki sensor capjari 3D ultrasonic.

HONOR Magic8 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan sensor telefoto 200MP 4

Seterusnya, HONOR Magic8 Pro memiliki skrin paparan LTPO OLED berukuran 6.71-inci dengan kadar segar semula 1-120Hz, resolusi 2.8K dan 10-bit warna Dolby Vision. Kecerahan maksima adalah 1,600nits namun mampu mencapai 6,000nits bagi kandungan HDR.

Beralih kepada bateri, HONOR Magic8 Pro memiliki bateri 7,100mAh bersama pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 80W. Ianya beroperasi pada MagicOS 10 (Android 16) dan terdapat juga butang khas AI.

HONOR Magic8 Pro akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black pada harga RM 4,599 bagi versi 12/512GB dan RM 5,199 bagi versi 16GB/1TB.

HONOR Magic8 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan sensor telefoto 200MP 5

Untuk ganjaran pra-tempahan yang sangat berbaloi, HONOR akan menawarkan rebat tambahan RM 300, percuma satu unit Insta360 Ace Pro bernilai RM 1,399 , 1 tahun luqid damage protection, 365-hari front and back crack replacement dan 1 tahun extended warranty.

Pra-tempah HONOR Magic8 Pro di stor atas talian rasmi HONOR Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.