ULASAN : HONOR Magic8 Pro – Prestasi, Kamera 200MP & Ketahanan Bateri
Pengenalan
Telefon pintar flagship HONOR bagi tahun 2026 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan model yang kami perkatakan adalah HONOR Magic8 Pro yang turut hadir sebagai antara telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.
Pelancaran HONOR Magic8 Pro memperlihatkan kesungguhan syarikat ini untuk mendominasi pasaran telefon pintar kelas flagship terutamanya dari segi kamera dan teknologi AI. Kenyataan ini disokong dengan penggunaan sensor Ultra Night Telephoto 200MP dan ciri AI baharu seperti Magic Pose, AI Photo Agent, AI Deepfake Detection 2.0 dan banyak lagi.
Selain kamera dan ciri AI, HONOR Magic8 Pro juga hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu bateri silikon karbon 7,100mAh serta pelbagai penarafan yang membuktikan ketahanan luar biasa yang dimiliki telefon pintar ini.
Untuk mengetahui potensi penuh telefon pintar terbaru HONOR Magic8 Pro ini, pastikan anda meneruskan pembacaan artikel ini sehingga ke akhir perenggan.
Reka Bentuk
Selepas menggunakan hampir kesemua generasi HONOR Magic Series ini, Magic8 Pro ternyata lebih selesa untuk dipegang dan digunakan walaupun secara asasnya reka bentuk telefon pintar ini kekal sama.
Ini adalah kerana HONOR Magic8 Pro hadir dengan skrin paparan yang lebih kecil iaitu 6.71-inch berbanding panel 6.8-inci pada Magic7 Pro. Ini menjadikan Magic8 Pro 1.5mm lebih rendah, 2.1mm lebih kecil dan 0.5mm lebih nipis. Berat Magic8 Pro pula adalah 219gram iaitu 4 gram lebih ringan berbanding generasi sebelum ini.
Bagi pasaran Malaysia, HONOR Magic8 Pro akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black. Panel belakang Magic8 Pro ini adalah diperbuat daripada kaca berfrosted yang mempunyai sifat anti-capjari yang baik dan ianya juga memberikan kesan kilauan unik apabila terdedah kepada cahaya.
Selain itu, Magic8 Pro juga mempunyai rekaan yang lebih bulat dan ianya sesuatu yang berbeza dari kebanyakkan telefon pintar flagship lain dipasaran.
Seterusnya, kesemua butang fizikal pada Magic8 Pro ini terletak pada sisi kanan yang termasuk butang AI Button yang turut memberikan akses kepada aplikasi kamera. Anda juga boleh membuat tetapan AI Button ini mengikut keperluan anda ( Short Press, Double Press, Long Press).
Pada bahagian belakang juga terdapat modul kamera Magic8 Pro yang boleh dikatakan sebagai antara yang paling ‘power’ dipasaran namun ianya lebih kompak berbanding model flagship lain seperti X300 Pro atau Find X9 Pro.
Dalam pada itu, HONOR Magic8 Pro juga memiliki tahap ketahanan peranti yang luar biasa dengan pensijilan SGS 5-Star Drop Resistance dan tahap kalis air dan habuk yang menyeluruh iaitu IP68, IP69 dan IP69K.
Skrin Paparan
Setiap tahun, peningkatan pada saiz skrin sering dilihat sebagai upgrade namun pada HONOR Magic8 Pro, skrin paparan telefon pintar ini adalah lebih kecil iaitu 6.71-inci berbanding ukuran 6.80-inci pada Magic7 Pro.
Walaubagaimanapun, sebagai pengguna setia HONOR Magic Series, kami berpendapat bahawa skrin paparan yang lebih kecil pada generasi terbaru ini adalah satu ‘upgrade’ kerana ianya meletakkan telefon pintar ini sebagai antara telefon pintar flagship yang paling selesa untuk dipegang dan digunakan.
HONOR Magic8 Pro hadir dengan panel LTPO yang memiliki kadar segar semula 120Hz selain menawarkan kecerahan maksima sehingga 6,000nits. Panel ini jugamenyokong 1.07 bilion warna dengan 100% liputan DCI-P3, sokongan HDR dan Dolby Vision.
Dalam pada itu, pada bahagian tetapan, HONOR menawarkan 3 pilihan tetapan kadar segar semula yang sesuai dengan keperluan visual anda iaitu Dynamic (1-120Hz), Standard (60Hz) dan High (120Hz).
Seterusnya , panel Magic8 Pro ini juga adalah paparan ‘Circular Polarized’ yang berfungsi untuk melembutkan cahaya skrin, meningkatkan keselesaan mata, menapis cahaya biru, meningkatkan kejelasan visual, dan mengurangkan ketegangan mata.
Lebih lanjut , paparan HONOR Magic8 Pro juga memiliki kadar PWM Dimming 4320Hz bersama pelbagai parameter penjagaan mata seperti Circadian Night Display, Defocus Eyecare, Natural Tone, Eye Comfort dan Dimming Mode. Ia turut memiliki pensijilan TÜV Rheinland Certified Risk Free Dimming.
Selain itu, HONOR Magic8 Pro juga menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan sensor pengesanan kerlipan cahaya ambien profesional dengan penggunaan sensor pengesanan HDR flicker yang mengesan kelipan cahaya dalam masa nyata yang menawarkan pengukuran yang setanding dengan instrumen profesional.
Melindungi panel skrin Eye Care HONOR Magic8 Pro daripada kerosakkan adalah lapisan NanoCrystal Shield iaitu kaca tahan lasak yang diperbuat daripada teknologi terkini dimana ketumpatan kristalnya adalah 50% lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya, dan rintangan jatuhnya adalah 10 kali lebih tinggi berbanding kaca biasa.
Seterusnya, NanoCrystal Shield yang digunakan pada Magic8 Pro juga telah menerima penarafan 5 bintang SGS Glass Drop Resistance Ability selepas melalui pelbagai senario ujian yang menguji ketahanan kaca ini.
Tidak lupa juga bahawa HONOR Magic8 Pro adalah satu-satunya telefon pintar dipasaran untuk hadir dengan dua ciri biometrik 3D iaitu pengecaman wajah 3D ToF dan sensor ultrasonic 3D terbina dalam skrin.
Pemproses
Sinonim dengan peranti flagship Magic Series, HONOR Magic8 Pro menjadi antara telefon pintar pertama di Malaysia untuk hadir dengan cip premium terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5.
Menariknya, Snapdragon 8 Elite Gen 5 hadir dengan CPU Qualcomm Oryon Gen 3 yang terpantas dalam prestasi kelasnya iaitu sebanyak 20%, GPU Qualcomm ADRENO yang baru pula meningkatkan prestasi grafik sebanyak 23% manakala NPU Qualcomm Hexagon menawarkan 37% peningkatan prestasi NPU yang penting untuk pemprosesan AI.
Bersama cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 ini, Magic8 Pro juga memiliki 12GB RAM bersama storan dalaman 512GB. Ianya juga menawarkan ciri HONOR RAM Turbo (sehinggq 12GB) yang membolehkan lebih banyak aplikasi dibuka serentak.
Dalam pada itu, perbandingan ujian AnTuTu dengan telefon pintar flagship lain yang menggunakan cip flagship terbaru daripada MediaTek juga membuktikan bahawa Snapdragon 8 Elite Gen 5 berada didalam kelasnya yang tersendiri.
Beralih kepada sistem operasi, HONOR Magic8 Pro hadir dengan MagicOS 10 yang dikuasakan Android 16. Walaupun masih menawarkan pengalaman UI yang sama seperti pada MagicOS sebelum ini, MagicOS 10 adalah iterasi baharu dengan integrasi AI yang lebih mendalam.
Dengan HONOR Magic8 Pro, anda akan menerima 7 tahun kemaskini Android bersama 7 tahun kemaskini keselamatan berkala daripada Google.
Antara ciri AI yang ditawarkan pada HONOR Magic8 Pro ini adalah
AI Deepfake Detection 2.0
- Teknologi canggih ini ialah ciri pengesanan penipuan deepfake yang terbina pada telefon pintar (masih kekal yang pertama didunia) untuk mengimbas video yang dimanipulasi oleh AI semasa panggilan video.
- Semasa panggilan video, AI Deepfake Detection mengimbas untuk memeriksa sama ada kandungan kelihatan nyata atau palsu. Ia juga mengimbas pergerakan mata, pencahayaan, dan kualiti video untuk mengesan sebarang tanda manipulasi.
- Jika kandungan dikesan dimanipulasi dalam masa 3 saat, amaran akan muncul pada skrin untuk memberi amaran kepada pengguna. Versi 2.0 ini mampu mengimbas wajah beberapa orang didalam panggilan video secara serentak untuk mengesan samada terdapat pemalusan dilakukan.
Lebih lanjut, ciri Deepfake Detection ini boleh digunakan pada panggilan video yang dilakukan melalui aplikasi seperti Whatsapp dan banyak lagi.
Untuk mengaktifkan ciri ini sila ke Settings > Security & Privacy > Device & data protection > ON AI Deepfake Detection
AI Voice Cloning Detection – HONOR Magic8 Pro juga bakal hadir dengan ciri baharu yang mampu menganalisis suara yang diklon atau disintesis semasa panggilan.( tersedia mulai Disember 2025).
Selain itu, ciri AI yang lain ditawarkan pada Magic8 Pro ini adalah Magic Portal, Magic Sidebar, Google Gemini, Circle to Search, AI Translate dan pelbagai ciri yang meningkatkan produktiviti yang terbina pada aplikasi HONOR Notes ( AI Summary, AI Format, AI Transcribe & AI Minute).
RF Enhanced Chip HONOR C1+ – Keupayaan pemprosesan isyarat rangkaian yang lebih kuat dan stabil. Prestasi Wi-Fi juga dipertingkatkan sebanyak 15%.
HONOR Signal Antenna Structure – Meningkatkan prestasi penghantaran isyarat sehingga 90% dan prestasi penerimaan isyarat sehingga 108%.
Kamera
HONOR Magic8 Pro meneruskan tradisi siri Magic yang terkenal dengan prestasi kamera kelas flagship. Generasi terbaru ini hadir dengan sistem pengimejan yang lebih matang, menumpukan kepada ketepatan warna, konsistensi prestasi dalam cahaya rendah, serta keupayaan zoom yang semakin mantap.
HONOR Magic8 Pro memiliki sensor utama 50MP Ultra Night yang merupakan sensor 1/1.3-inci dengan aperture f/1.6 dan OIS bersama sensor ultrawide 50MP f/2.0 dengan 200° FoV. Sensor yang paling mencuri tumpuan adalah sensor 200MP Ultra Night Telephoto (sehingga 3.7x zoom dan 100x zoom digital). otpikal yang merupakan sensor bersaiz 1/1.4-inci dengan aperture f/2.6.
Kamera selfie Magic8 Pro juga adalah sensor 50MP yang mempunyai aperture f/2.0.
Bagi menjadikan fotografi malam luar biasa ini satu realiti, Magic8 Pro memiliki tiga enjin pengimejan eksklusif khas.
1. Night Engine
HONOR Magic8 Pro berupaya menghasilkan foto perician yang mantap walaupun pada keadaan cahaya malap dan kualiti imej malam yang diambil juga telah dibandingkan dengan iPhone 17 Pro Max yang merupakan model flagship terbaru daripada Apple.
Selain itu, beberapa pertandingan imej juga mengesahkan bahawa hasil gambar dari HONOR Magic8 Pro mengekalkan ketepatan warna dan memastikan tiada bahagian gambar yang mempunyai ‘over exposure’ pada waktu malam.
2. Stability Engine
Kamera Ultra Night Telephoto yang dimiliki Magic8 Pro turut menyokong penstabilan imej optik (OIS) bertaraf CIPA -5.5 tahap pengstabilan yang paling stabil dalam industri ( setaraf kamera DSLR) bertujuan mengurangkan gegaran tangan dan kekaburan pergerakan, terutamanya ketika melakukan zum 10x atau sehingga 100x.
Sama ada merakam panorama bandar atau langit malam dengan cahaya bulan, HONOR Magic8 Pro mampu menghasilkan kejelasan yang nyata dengan julat dinamik yang seimbang pada setiap tangkapan, sekaligus menetapkan penanda aras baharu untuk fotografi mudah alih.
3. Potrait Engine
HONOR Magic8 Pro bukan saja hebat dalam fotografi waktu malam, bahkan amat menonjol dalam fotografi potret malam. Ia didorong oleh algoritma AI yang lebih maju, dengan sensor utama Ultra Night 50MP dengan apertur f/1.6 dan sokongan OIS.
Dengan AI Segmentation dan kawalan pencahayaan pintar, peranti ini dapat menghasilkan tona kulit semula jadi untuk menghasilkan potret dengan bokeh yang lebih hidup. Walaupun subjek dirakam dari jarak yang lebih jauh dalam keadaan cahaya rendah, imej tetap kelihatan jelas, berwarna terang, dan seakan realiti.
Selain itu, HONOR Magic8 Pro juga membawakan ciri fotografi berasaskan AI seperti :
Magic Pose – pertama kali ditawarkan didalam industri dimana AI akan mencadangkan pose yang boleh anda lakukan sebelum mengambil gambar.
AI Photo Agent – anda boleh memberikan arahan untuk mengedit imej tersebut dan Magic AI akan melakukan segala proses pengeditan dengan mudah.
AI Remove Wrinkle dan Remove Moire Pattern adalah penambahan baru didalam ciri AI Eraser dimana ciri ini berupaya menghilangan kedutan pada baju.
Magic Color – Cipta semula gaya sinematik, gunakan ton filem profesional atau bina templat peribadi daripada mana-mana imej dan gunakannya terus pada kamera. Magic Color boleh mencipta semula filter dan warna dari Leica, Zeiss, Hasselblad, Harcourt Studio dan banyak lagi. Anda juga boleh mengimbas kesan warna mana-mana photo atau video pada media sosial dan ‘paste’ kesan warna tersebut pada gambar yang anda ambil (menggunakan Magic Portal).
Secara keseluruhannya, HONOR Magic8 Pro membawakan perkakasan kamera yang terbaik dengan digabungkan bersama pelbagai ciri AI yang dilihat tidak terbatas.
Lebih membanggakan, HONOR turut mengumumkan HONOR Magic8 Pro sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026.
Peranti ini akan menjadi medium untuk merakam keindahan Malaysia, daripada landskap menakjubkan, alam semula jadi, kepelbagaian budaya, pilihan makanan yang lazat, hinggalah ke khazanah tersembunyi melalui perspektif pengguna.
Bateri
HONOR Magic8 Pro hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding generasi sebelum ini iaitu 7,100mAh dan bateri silikon karbon ini mampu menawarkan anda lebih dari 10 jam penggunaan berbanding Apple iPhone 17 Pro.
Selain itu, HONOR juga turut menyertakan pengecasan pantas 100W Wired SuperCharge yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 48 minit sahaja manakala 80W Wireless SuperCharge yang hanya memerlukan tambahan 12 minit untuk mencapai tahap 100%. Dalam pada itu, 5 minit pengecasan juga mampu memberikan anda sehingga 3 jam tontonan video YouTube.
Dengan kapasiti bateri silikon karbon yang berkapasiti tinggi, Magic8 Pro turut hadir dengan sokongan Reverse Charging (wireless) yang membolehkan anda mengecas peranti lain.
Dalam pada itu, bagi memastikan ketahanan jangka panjang bateri, Magic8 Pro juga tampil dengan ciri Smart Charging yang hanya akan mengecas melebihi tahap 80% ketika anda hampir menggunakan peranti manakala ciri Smart Battery Capacity pula hanya akan mengecas peranti ke tahap yang akan memastikan jangka hayat bateri yang lebih lama ( tidak didedahkan peratusan bateri tersebut).
Penutup
HONOR Magic8 Pro hadir sebagai bukti bahawa HONOR semakin matang dalam dunia flagship. Ia bukan sahaja menawarkan spesifikasi yang mengagumkan di atas kertas, tetapi turut memberikan prestasi sebenar yang konsisten—terutama pada bahagian sensor telefoto 200MP yang lebih versatil dan stabil. Dengan rekaan premium, bateri tahan lama dan pengalaman penggunaan yang lancar, Magic8 Pro pastinya menjadi pilihan kukuh bagi sesiapa yang mahukan telefon pintar flagship serba lengkap tanpa perlu berbelanja terlalu tinggi.
HONOR Magic8 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,599 bagi versi 12/512GB dan RM 5,199 bagi versi 16/1TB. Pra-tempah sekarang untuk menikmati rebat RM 300 dan percuma Insta360 Ace Pro.
Dapatkan HONOR Magic8 Pro di laman rasmi HONOR Malaysia
Untuk ketenangan minda tambahan, HONOR juga menawarkan pakej waranti yang sangat komprehensif dimana anda akan menikmati 365-hari perlindungan retak panel hadapan dan belakang, 1 tahun lanjutan waranti dan 1 tahun liquid damage protection.

















































