Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Malaysia kongsi gambar dari sensor 200MP Ultra Night pada Magic8 Pro

HONOR Malaysia kongsi gambar dari sensor 200MP Ultra Night pada Magic8 Pro 1

HONOR Malaysia kongsi gambar dari sensor 200MP Ultra Night pada Magic8 Pro 2

Baru-baru ini, HONOR secara rasminya telah mengesahkan HONOR Magic8 Pro akan memasuki pasaran Malaysia dan kini syarikat ini telah berkongsi hasil fotografi yang ditangkap menggunakan telefon pintar flagship terbaharu HONOR Magic8 Pro yang direka untuk mengungguli fotografi pada waktu malam.

Gambar-gambar tersebut diambil oleh peminat fotografi mudah alih di sekitar Kuala Lumpur dan Kuching menggunakan sensor 200MP Ultra Night Telephoto yang mampu mengekalkan ketepatan warna serta perincian imej walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.

Antara siri foto yang dikongsi termasuk tangkapan foto panorama bandar Kuala Lumpur yang diterangi cahaya malam dengan beberapa mercu tanda ikonik yang menonjolkan ekspresi, suasana dan emosi dengan kejelasan mengagumkan.

HONOR Malaysia kongsi gambar dari sensor 200MP Ultra Night pada Magic8 Pro 3
                         Ditangkap menggunakan zum 3.7X

Sensor Telefoto 200MP berkuasa, memberikan kejelasan pegun dengan CIPA Tahap-5.5  

Sistem kamera HONOR Magic8 Pro menandakan satu lonjakan besar dalam keupayaan fotografi mudah alih. Ia hadir dengan sensor telefoto 200MP terbesar dalam industri, digabungkan dengan saiz sensor 1/1.4-inci dan bukaan apertur f/2.6 yang luas. Konfigurasi ini membolehkan lensa menangkap butiran halus dari jarak jauh sambil mengekalkan pengambilan cahaya yang optimum.

Lebih mengagumkan, kamera telefoto ini turut menyokong penstabilan imej optik (OIS) bertaraf CIPA Tahap-5.5 yang paling stabil dalam industri bertujuan mengurangkan gegaran tangan dan kekaburan pergerakan, terutamanya ketika melakukan zum 10x atau sehingga 100x. Sama ada merakam panorama bandar atau langit malam dengan cahaya bulan, HONOR Magic8 Pro mampu menghasilkan kejelasan yang nyata serta julat dinamik yang seimbang pada setiap tangkapan, sekaligus menetapkan penanda aras baharu untuk fotografi mudah alih.

Potret malam yang hidup dan sempurna

HONOR Magic8 Pro bukan saja hebat dalam fotografi waktu malam, bahkan amat menonjol dalam fotografi potret malam. Ia didorong oleh algoritma AI yang lebih maju, bersama Kamera Utama Malam Ultra 50MP dengan bukaan f/1.6 dan sokongan OIS.

Melalui pembahagian segmen AI dan kawalan pencahayaan pintar, peranti ini dapat menghasilkan tona kulit semula jadi serta penyerlah lebih halus untuk menghasilkan potret dengan bokeh yang tampak hidup. Walaupun subjek dirakam dari jarak yang lebih jauh dalam keadaan cahaya rendah, imej tetap kelihatan jelas, berwarna terang, dan seakan realiti.

HONOR Malaysia kongsi gambar dari sensor 200MP Ultra Night pada Magic8 Pro 4

Siap sedia untuk previu HONOR Magic8 Pro pada 10 November ini!

HONOR juga telah mengesahkan bahawa lebih banyak lagi maklumat tentang Magic8 Pro akan didedahkan pada 10 November ini. Nantikan kehebatan pengimejan dan reka bentuk premium peranti flagship terbaru HONOR ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.