HONOR Magic8 Pro disahkan bakal tiba untuk pasaran Malaysia – peranti rasmi Gegar Vaganza
HONOR secara rasminya telah megesahkan bahawa telefon pintar flagship 2026 iaitu HONOR Magic8 Pro yang dilancarkan di China baru-baru ini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Menariknya, peranti ini telah menerima pujian global yang signifikan atas kemampuan kamera dan pengimejan yang dimilikinya.
Telefon pintar fotografi rasmi Gegar Vaganza 2025
HONOR juga telah mengumumkan bahawa Magic8 Pro telah dipilih sebagai peranti fotografi mudah alih rasmi rancangan realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza 2025. Peranti ini dipilih secara khusus atas reputasi Siri Magic yang terkenal dengan sistem kamera yang berkuasa.
Dengan ciri-ciri hebat ini, HONOR Magic8 Pro amat sesuai untuk merakam persembahan peserta, detik-detik tumpuan, dan perjalanan mereka sepanjang pertandingan tersebut.
Ciri-ciri dipertingkat menjanjikan pengalaman flagship lebih hebat
HONOR Magic8 Pro bakal tiba lengkap dengan ciri-ciri yang dinaik taraf, menggabungkan perkakasan berkuasa dan kemampuan AI yang dipertingkat, sistem kamera dan teknologi pengimejan termaju, bateri lebih besar, serta perisian terkini bagi memberikan pengalaman flagship yang optimum. Telefon pintar ini turut menjanjikan pengalaman yang lebih hebat untuk peminat fotografi dan pengguna harian.
Lebih banyak maklumat akan didedahkan!
Dengan debaran yang semakin memuncak, HONOR dijangka akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai ciri-ciri HONOR Magic8 Pro dalam minggu-minggu akan datang. Untuk maklumat terkini, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.
Baca : HONOR Magic8 Pro dan Magic8 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5

