Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Enco X3s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599

OPPO Enco X3s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 1

_cuva

OPPO Enco X3s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 2

OPPO secara rasminya telah melancarkan earbuds  terbaru syarikat ini iaitu OPPO Enco X3s pada harga RM 599 yang turut dihasilkan dengan kerjasama Dynaudio.

OPPO Enco X3s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 3

Terus ke spesifikasi, Enco X3s memiliki pemacu 11mm dan 6mm yang menyokong pelbagai jenis codec yang termasuk LHDC 5.0, AAC dan SBC. Ianya juga hadir dengan ciri ANC yang mampu mengurangka bunyi hingar sehingga 55dB untuk memberikan anda pengalaman ANC setaraf kebanyakkan earbuds flagship dipasaran.

OPPO Enco X3s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 4

Dalam pada itu, Enco X3s juga memiliki sambungan Bluetooth 5.4 yang membolehkan pengguna menikmati Game Mod dan AI Translation yang memberikan penterjamahan langsung didalam 20 bahasa.

OPPO Enco X3s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 5

Bercakap mengenai profil earbuds ini, Enco X3s memiliki berat hanya 4.7gram setiap satu dan ianya turut tampil dengan penarafan kalis air IP55. Jangka hayat bateri adalah sekitar 11 jam dengan satu pengecasan atau sehingga 45 jam dengan bekas pengecasan.

OPPO Enco X3s kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.