Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X300 Pro dan X300 kini rasmi dengan cip Dimensity 9500 dan OriginOS 6

vivo X300 Pro dan X300 kini rasmi dengan cip Dimensity 9500 dan OriginOS 6 1

Screenshot

vivo X300 Pro dan X300 kini rasmi dengan cip Dimensity 9500 dan OriginOS 6 2

vivo X300 Series telah dilancarkan secara rasmi di China dan model flagship terbaru syarikat ini tiba didalam dua model iaitu vivo X300 dan vivo X300 Pro.

vivo X300 Pro dan X300 kini rasmi dengan cip Dimensity 9500 dan OriginOS 6 3

Terus ke spesifikasi,  vivo X300 Pro akan hadir dengan skrin paparan 8T LTPO berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima mencecah 4,500nits dan sokongan Dolby Vision. X300  pula hadir dengan skrin paparan berukuran 6.31-inci juga dengan spesifikasi panel yang sama. Kedua-dua panel juga memiliki sensor capjari ultrasonic.

vivo X300 Pro dan X300 kini rasmi dengan cip Dimensity 9500 dan OriginOS 6 4

Seterusnya, X300 Pro dan X300 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9500 yang disertakan dengan 12/16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dalam pada itu, Vivo X300 Pro hadir dengan bateri silikon anod 6,510mAh manakala X300 pula memiliki bateri 6,040mAh. Kedua model juga menawarkan sokongan pengecasan pantas 90W dan pengecasan tanpa wayar pada kadar 40W.

vivo X300 Pro dan X300 kini rasmi dengan cip Dimensity 9500 dan OriginOS 6 5

Beralih kepada kamera, Vivo X300 Pro memiliki sistem tri-kamera dengan optik ZEISS yang terdiri dari sensor utama  50MP Sony LYT-828 dengan aperture f/1.57 dan Gimbal OIS, sensor telefoto 200MP Samsung HPB dan sensor ultrawide 50MP JN1. Kamera selfie adalah sensor 50MP yang juga merupakan sensor JN1.

vivo X300 Pro dan X300 kini rasmi dengan cip Dimensity 9500 dan OriginOS 6 6
Aksesori telephoto extender

Dalam pada itu,  vivo X300 hadir dengan sensor utama 200MP Samsung HPB, sensor telefoto APO 50MP LYT-620 dan sensor ultrawide 50MP JN1. Sensor 50MP JN1 turut digunakan pada kamera selfie.

 Akhir sekali, vivo X300 Pro dan X300 juga hadir dengan penarafan IP69, OriginOS 6 yang berasaskan Android 16, pembesar suara stereo dan Wi-Fi 6 serta aksesori telephoto extender.

vivo X300 Pro dan X300 kini rasmi dengan cip Dimensity 9500 dan OriginOS 6 7

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.