Xiaomi REDMI 15C kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 429
Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan pelancaran REDMI 15C di Malaysia yang merupakan sebuah telefon pintar kelas entry-level.
REDMI 15C tampil dengan rekaan yang sangat elegan dan praktikal dengan ukuran 7.99mm bersama berat 205 gram. Ianya juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP54 serta sokongan Wet Touch Technology 2.0.
Selain itu, telefon pintar ini juga hadir dengan skrin paparan Dot Drop berukuran 6.9-inci dengan resolusi HD+ dan kecerahan 500nits. Ianya dikuasakan cip Helio G81 Ultra bersama 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.
Beralih kepada kamera, REDMI 15C memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan kamera selfie 8MP.
Lain-lain spesifikasi REDMI 15C adalah bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, HyperOS 2, sokongan microSD, FM radio, dwi-SIM, Bluetooth 5.1, Wi-Fi 2.4GHz/5GHz dan bicu audio 3.5mm.
Akhir sekali, REDMI 15C akan ditawarkan mulai 9 September ini didalam 4 warna iaitu Midnight Black, Mint Green, Moonlight Blue, and Twilight Orange pada harga RM 429 bagi versi 6/128GB dan RM 529 bagi versi 8/256GB.



