Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Buds Core kini rasmi di Malaysia – berharga RM 199 sahaja

Samsung Galaxy Buds Core kini rasmi di Malaysia - berharga RM 199 sahaja 1

Samsung Galaxy Buds Core kini rasmi di Malaysia - berharga RM 199 sahaja 2

Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy Buds Core yang merupakan sebuah earbuds mampu milik yang pasti menjadi pilihan ramai.

Samsung Galaxy Buds Core hadir dengan reka bentuk in-ear lengkap dengan wingtip untuk memastikan fon telinga ini kekal selesa pada telinga selain turut memiliki penarafan kalis air dan habuk IP54.

Samsung Galaxy Buds Core kini rasmi di Malaysia - berharga RM 199 sahaja 3

Selain itu, Galaxy Buds Core juga memiliki sokongan gesture pada sisi earbuds untuk fungsi muzik dan tidak lupa juga ciri ANC. Ianya juga memiliki 3 unik mikrofon untuk kualiti panggilan yang jelas.

Dalam pada itu, Galaxy Buds Core menawarkan sehingga 35 jam waktu penggunaan apabila digunakan bersama bekas pengecasan dan ianya juga hadir dengan sokongan real time interpreter.

Samsung Galaxy Buds Core kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199 dan anda boleh mendapatkanya didalam dua pilihan warna iaitu Black atau White.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.