HONOR Malaysia Kolaborasi Dengan Legasi: Bomba The Movie, Menampilkan Telefon Pintar Misteri Yang Dibina Untuk Tahan Lasak
HONOR Malaysia telah mengumumkan kolaborasi istimewa dengan filem aksi tempatan Legasi: Bomba The Movie sebagai penghargaan kepada wira-wira bomba negara ini. Usaha sama ini meraikan dedikasi, keberanian, serta pengorbanan anggota bomba yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi melindungi masyarakat di seluruh Malaysia.
Penonton bakal menyaksikan kemunculan istimewa telefon pintar baharu HONOR yang belum dilancarkan dalam filem tersebut.
Walaubagaimanapun, telefon pintar ini masih belum disahkan untuk pasaran Malaysia. Bukan sekadar penampilan ringkas, peranti ‘misteri’ ini melambangkan kekuatan, daya tahan, serta keteguhan menghadapi apa jua cabaran, nilai yang seiring dengan semangat anggota bomba.
Dibina untuk mengatasi situasi yang tidak terduga, tahap ketahanan telefon pintar ini menjadi isyarat kepada langkah inovasi seterusnya daripada HONOR. Meskipun butiran telefon pintar tersebut masih dirahsiakan, kemunculannya dalam Legasi: Bomba The Movie memberikan penonton pandangan awal pasti menimbulkan pelbagai persoalan seperti “Adakah ini telefon pintar paling lasak HONOR?” dan “Mungkinkah ini peranti pengubah industri yang bakal diperkenalkan?”
Bagi HONOR, kolaborasi ini melambangkan penghormatan kepada wira-wira harian Malaysia. Nama jenama HONOR sendiri mewakili nilai-nilai sama dengan komuniti bomba iaitu keberanian, keikhlasan, serta kekuatan untuk berdiri teguh dalam tekanan.
Dengan memperkenalkan telefon pintar ‘misteri’ yang belum dilancarkan ini di layar perak, HONOR ingin memberi penghormatan kepada anggota “HONOR of Malaysia” sambil memberikan penonton bayangan awal terhadap sesuatu yang bakal tiba.
Saksikan Legasi Bomba The Movie untuk melihat sendiri aksi telefon pintar misteri HONOR dan melihat sendiri bagaimana ia menjadi simbol inovasi dan kepahlawanan.
Untuk perkembangan terkini mengenai produk-produk HONOR yang akan datang, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.


