Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 kini dibuka di Malaysia – hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,390

Pra-tempahan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 kini dibuka di Malaysia - hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,390 1

Pra-tempahan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 kini dibuka di Malaysia - hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,390 2

Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 telah dilancarkan secara rasmi dan telefon pintar boleh lipat ini kini dibuka untuk pra-tempahan dari 9 hingga 31 Julai 2025.

Pra-tempahan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 kini dibuka di Malaysia - hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,390 3
Samsung Galaxy Z Fold7

Menariknya, setiap pra-pesanan Galaxy Z Series yang baharu ini boleh dapat menebus sehingga RM390 e-baucar apabila mereka telah menyelesaikan pendaftaran minat mereka dan membeli baucar Samsung Reservation+ mereka. Pelanggan juga boleh mendapat rebat RM600 jika mereka memilih untuk menaik taraf storan mereka daripada kapasiti 256GB kepada 512GB, apabila mereka membuat pra-pesanan dalam tempoh ini.

Tidak setakat itu sahaja! Pengguna kad kredit dan debit CIMB Bank akan dapat menerima e-baucar sehingga RM400 untuk membeli peranti Galaxy seterusnya.

Pra-tempahan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 kini dibuka di Malaysia - hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,390 4
Samsung Galaxy Z Flip7

Promosi ini boleh ditebus dalam talian atau luar talian di peruncit Samsung yang sah. Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 juga boleh ditempah awal dengan pelan ansuran 0% sehingga 36 bulan melalui bank yang terpilih.

Pra-tempahan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 kini dibuka di Malaysia - hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,390 5
Samsung Galaxy Z Flip7 FE

Berikut adalah harga Samsung Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Flip7 FE di Malaysia :

Samsung Galaxy Z Fold7 12/256GB – RM 7,799

Samsung Galaxy Z Fold7 12/512GB – RM 8,399

Samsung Galaxy Z Fold7 16GB/1TB – RM 9,899

Samsung Galaxy Z Flip7 12/256GB – RM 4,999

Samsung Galaxy Z Flip7 12/512GB – RM 5,599

Samsung Galaxy Z Flip7 FE 8/128GB – RM 3,999

Samsung Galaxy Z Flip7 FE 8/512GB – RM 4,299

Pra-tempahan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 kini dibuka di Malaysia - hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,390 6

Kepada pelanggan yang ingin mengembangkan ekosistem Galaxy mereka, pra-tempahan siri Galaxy Watch8 baharu atau Galaxy Watch Ultra hari ini dan nikmati penjimatan bernilai sehingga RM966. Pelanggan yang membuat prapesanan siri Galaxy Watch baharu juga akan menerima diskaun sehingga 30% untuk jam tangan tersebut!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.