MyRepublic bakal menawarkan pelan jalur lebar 100Mbps pada kadar RM60-70 sebulan
MyRepublic bakal menawarkan pelan jalur lebar 100Mbps pada kadar RM60-70 sebulan
Kos langganan pelan jalur lebar di Malaysia bukanlah sesuatu yang murah dan nampaknya perkara ini mungkin berubah dengan penyelesaian akan hadir dari negara jiran.
myRepublic syarikat yang berpangkalan di Singapura dilihat mempunyai pelan untuk memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan kos langganan jalur lebar yang lebih murah jika dibandingkan dengan kos langganan bagi kelajuan yang sama.
Sebagai perbandingan, Maxis menawarkan 100Mbps pada RM398 sebulan manakala TIME menawarkan pelan yang sama pada harga RM179 namun dengn kuota 100GB.
MyRepublic bercadang untuk memperkenalkan pelan jalur lebar dengan kelajuan 100Mbps pada kadar bayaran bulanan antara RM60-RM 70.
Ketua pegawai eksekutif MyRepublic berkata, mereka mahu menjadi syarikat ‘penggangu’ di pasaran jalir lebar tempatan namun kemasukan mereka ke pasaran tempatan bergantung kepada keadaan peraturan negara dan sedang menantikan waktu bagi TM untuk membuka akses rangkaian mereka menjelang tahun 2016.
Impian MyRepublic untuk menawarkan pelan jalur lebar yang lebih berpatutan bergantung kepada banyak faktor dan jika syarikat ini berjaya mengatasi segala halangan yang ada, kami pasti pelan jalur lebar 100Mbps yang bakal ditawarkan pada harga sekitar RM60-70 sebulan.
Apa kah pendapat anda mengenai pelan MyRepublic ini?, anda anda akan melanggan pelan yang ditawarkan syarikat ini, berikan pendapat anda diruang komen dibawah.