Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 400 Lite akan tiba di Malaysia pada 25 April – memiliki butang Camera Control seperti iPhone

HONOR 400 Lite akan tiba di Malaysia pada 25 April - memiliki butang Camera Control seperti iPhone 1

HONOR 400 Lite akan tiba di Malaysia pada 25 April - memiliki butang Camera Control seperti iPhone 2

HONOR telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar baharu akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi iaitu HONOR 400 Series dan model pertama yang akan dilancarkan didalam keluarga ini adalah HONOR 400 Lite.

HONOR 400 Lite membawakan peningkatan ketara dalam fotografi, jangka hayat bateri, kualiti paparan, dan ciri-ciri AI. Telefon pintar ini dilabel iPhone ‘killer’  kerana ianya menampilkan fungsi Butang AI, iaitu ciri yang menyerupai butang kamera pada iPhone 16, namun ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah.

Dengan inovasi ini, HONOR berhasrat untuk membawakan telefon pintar berkualiti premium kepada pengguna dengan harga yang berpatutan.

HONOR 400 Lite akan tiba di Malaysia pada 25 April - memiliki butang Camera Control seperti iPhone 3

Selain Camera Control, HONOR 400 Lite juga hadir dengan ciri Google Lens juga melalui butang yang sama yang mengubah kamera ra peranti ini kini sebagai pembantu ilmu pengetahuan yang berkuasa.

Seterusnya, 400 Lite juga membawakan fungsi Google Gemini yang boleh diaktifkan dengan menekan butang kuasa pembantu AI peribadi yang direka untuk menggalakkan produktiviti dan kreativiti.

Dalam pada itu, Telefon pintar iphone ‘killer’ ini juga hadir dengan ciri AI Eraser dan AI Outpainting untuk penyuntingan kreatif, kepada Face-to-Face Translate, Magic Portal, dan Circle to Search Google.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.