Midea lancar pelbagai produk elektronik yang jimat elektrik dan boleh dikawal melalui aplikasi Smart Home
Midea, peneraju global dalam perkakas rumah pintar, hari ini telah memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting yang menekankan komitmen syarikat untuk memudahkan lagi akses pengguna kepada perkakas rumah pintar yang cekap tenaga dan mesra pengguna.
Dengan menggabungkan inovasi mampu milik, pembuatan berkualiti tinggi dan sokongan perkhidmatan pelanggan yang hebat, Midea komited menerajui gelombang perubahan untuk mengintegrasikan kehidupan pintar dengan keperluan setiap pengguna.
Antara produk baharu Midea yang diperkenalkan sebentar tadi adalah beberapa model penghawa dingin dengan teknologi seperti AI Ecomaster, Prime Guard dan I-CLEAN. Midea juga perkenal peti sejuk INSTA-FIT Master dan pelbagai model mesih basuh dengan teknologi seperti TurboFoam+ dan banyak lagi.
Menariknya, kesemua produk terbaru Midea ini juga disambung dan dikawal pada satu aplikasi iaitu Smart Home.
Bagi mengukuhkan lagi kepimpinan syarikat dalam sektor penyaman udaranya, Midea bakal mengembangkan rangkaian kedai Midea Pro Shops, khusus untuk pakar pendingin hawa dengan lebih 50 lokasi baharu di seluruh negara dirancang dalam tempoh dua tahun yang akan datang.
Memacu Inovasi Perkakas Rumah Pintar Yang Cerdas dan Cekap Tenaga
Midea telah sekian lama giat berusaha memajukan usaha seni reka dan inovasi mampan demi memenuhi permintaan pengguna yang mementingkan kecekapan tenaga, integrasi kecerdasan dan reka bentuk bersepadu perkakas rumah pintar.
Memandangkan kos elektrik yang terus meningkat, pengguna semakin mengutamakan perkakas rumah yang cekap tenaga. Kebanyakan pendingin hawa dan peti sejuk terbaru Midea diiktiraf SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia), dengan 34 model pendingin hawa dan 13 model peti sejuk yang mencapai penarafan 4 bintang atau lebih tinggi. Midea turut menyaksikan peningkatan ketara dalam penggunaan pendingin hawa penyongsang, dengan model cekap tenaga kini meningkat sebanyak 40% daripada jumlah jualan.
Selain kecekapan tenaga, kesepaduan perkakas dengan keperluan rumah tangga juga merupakan salah satu lagi faktor utama yang mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. Perkakas rumah pintar terkini Midea sememangnya selaras dengan permintaan ini dengan menawarkan reka bentuk terbina moden yang dilengkapi dengan fitur kecerdasan buatan. Rangkaian produk terkini dilengkapi dengan kecekapan RFID dan Wi-Fi, membolehkan pengguna mengawal peralatan mereka dari jauh melalui Aplikasi SmartHome untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih intuitif dan tersambung.
Midea terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama perkakas rumah yang paling pesat berkembang di Malaysia, berdasarkan permintaan hangat terhadap perkakas cekap tenaga dalam kalangan pengguna. Segmen pendingin hawa syarikat mencerminkan momentum pasaran yang mampan dengan merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) melebihi 30%, sambil mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) untuk syarikat sebanyak 20% bagi tempoh lima tahun lalu secara keseluruhannya.
Menerajui Gelombang Perubahan Kehidupan Pintar Terkini
Pelancaran rangkaian perkakas rumah pintar yang cekap tenaga oleh Midea juga menampakkan usaha syarikat dalam menerajui gelombang perubahan kehidupan pintar terkini. Dari dapur hingga ke bilik tidur, inovasi berpelbagai ini direka untuk memudahkan kehidupan warga Malaysia dengan pengalaman yang bersepadu, moden dan mesra pengguna.
Berpusatkan aplikasi SmartHomenya, Midea telah menyepadukan teknologi Data Besar, Kecerdasan Buatan, Pengkomputeran Awan dan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk membolehkan pengalaman rumah pintar dimana pengguna bebas meluangkan masa bersama keluarga di samping mengawal perkakas rumah menerusi telefon pintar.
Promosi Hari Raya Aidilfitri
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, Midea menawarkan promosi di mana pelanggan akan menerima ganjaran eksklusif Touch ‘n Go sehingga RM500 bermula 16 Mac 2025. Ikuti saluran rasmi Midea Malaysia untuk maklumat selanjutnya dan juga pengumuman terkini yang lain.






