Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Midea Perluas Akses Produk di lebih 3000 kedai 99 Speed Mart

Midea Perluas Akses Produk di lebih 3000 kedai 99 Speed Mart 1

 

Midea Perluas Akses Produk di lebih 3000 kedai 99 Speed Mart 2

Midea, peneraju global dalam peralatan rumah pintar, terus memperluaskan rangkaian jualan di Malaysia menerusi kerjasama strategik dengan 99 Speed Mart Sdn Bhd, rangkaian pasar mini terbesar di negara ini.

Kerjasama ini bertujuan menjadikan peralatan rumah terkini Midea lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh negara. Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang Midea di Malaysia.

Majlis menandatangani MoU disempurnakan oleh Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam, dengan disaksikan oleh Presiden Asia Pasifik (APAC) Midea Group, Zeal Jiang. 99 Speed Mart pula diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Yong Eng Kwang, manakala Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Thiam Wah, bertindak sebagai saksi.

Kerjasama ini menyusuli pembukaan 18 Midea Brand Store di seluruh negara pada tahun lalu. Bersama-sama rangkaian kedai jenama dan pengedar sah sedia ada, ia mengukuhkan lagi kehadiran Midea di pasaran serta memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan pelbagai produk peralatan rumah jenama tersebut.

Midea Perluas Akses Produk di lebih 3000 kedai 99 Speed Mart 3

Melalui kerjasama ini, pengguna kini boleh mendapatkan pelbagai peralatan rumah Midea seperti pengisar, cerek elektrik, periuk nasi, kipas, pembakar roti, ketuhar pembakar roti, vakum dan dapur dengan lebih mudah menerusi rangkaian 99 Speed Mart di seluruh negara.

Kerjasama ini turut menyokong sasaran pertumbuhan Midea di rantau Asia Pasifik. Pada Persidangan Pengedar Asia Pasifik yang diadakan di Bali pada penghujung tahun lalu, syarikat memperkenalkan visi Power of One, iaitu strategi yang menggabungkan inovasi produk, pengembangan rangkaian runcit dan pengalaman pelanggan di bawah satu agenda pertumbuhan.

Pengembangan rangkaian runcit di Malaysia merupakan antara langkah penting untuk mencapai sasaran jualan Midea yang ditetapkan di bawah strategi tersebut.

Bermula hari ini, pelanggan di semua cawangan 99 Speed Mart di seluruh Malaysia boleh mendapatkan pilihan peralatan rumah kecil Midea.

Rangkaian penuh produk Midea kini boleh didapati di semua cawangan 99 Speed Mart di seluruh Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.