HONOR Magic7 Pro hadir dengan ciri AI Deepfake Face Detection pertama didunia – jangan jadi mangsa penipuan seterusnya
Deepfake adalah istilah gabungan dari “deep learning” dan “fake”. Ia merujuk kepada imej, video, atau audio yang telah diedit atau dihasilkan menggunakan alat kecerdasan buatan (AI), dan mungkin menggambarkan orang yang sebenar atau tidak wujud.
Penggunaan deepfake atau imej palsu mula rancak digunakan dalam kalangan penjenayah maya dalam melakukan aktiviti untuk memperdaya mangsa dengan menyebarkan maklumat palsu atau melakukan penipuan.
Penipuan menggunakan deepfake telah menyaksikan teknologi AI ini disalahgunakan untuk meniru wajah dan suara orang kenamaan@artis untuk memperdaya orang awam bagi tujuan kewangan.
Di Malaysia, jumlah kerugian yang direkodkan hasil daripada aktiviti penipuan deepfake adalah sekita RM 500 juta untuk tahun ini sahaja dan pengguna harus lebih peka tentang bahaya ini.
Seterusnya, mengesan deepfake dengan mata kasar adalah sesuatu yang mustahil dan memiliki satu teknologi yang mampu mengesan ancaman ini adalah sesuatu yang harus dimiliki pada peranti yang biasa menjadi medium penipuan iaitu telefon pintar.
HONOR, syarikat telefon pintar global telah mengambil langkah kanan didalam memerangai ancaman deepfake dengan menyertakan teknologi AI Deepfake Detection pada HONOR Magic7 Pro.
Magic7 Pro adalah telefon pintar flagship HONOR yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dan ianya menjadi telefon pintar pertama didunia dengan teknologi AI Deepfake Detection.
Jom kita lihat bagaimana teknologi Ai Deepfake Detection berfungsi pada HONOR Magic7 Pro :
Teknologi canggih ini ialah penyelesaian pengesan Al deepfake pada peranti pertama di dunia untuk mengimbas video dimanipulasi digital yang dibuat oleh Al semasa panggilan video.
Semasa panggilan video, Pengesanan Al Deepfake mengimbas untuk memeriksa sama ada kandungan itu kelihatan tulen atau palsu. Ia juga mengimbas pergerakan mata, pencahayaan dan kualiti video untuk mengesan sebarang tanda manipulasi.
Jika kandungan video tersebut mempunyai kesan dimanipulasi dalam masa 3 saat, notifikasi akan muncul pada skrin untuk memberi amaran kepada pengguna.
Nota penting: Ciri ini adalah teknologi Al pada peranti; ia tidak akan memuat naik atau membocorkan privasi pengguna ke storan awan.
Cara mengaktifkan: Setting > Security & Privacy > Device & Data Protection > ON Al Deepfake Detection
Dengan ciri AI Deepfake Face Detection, Magic7 Pro bakal membuka satu lagi lapisan keselamatan daripada ancaman penipuan deepfake dan pasti ramai pengguna berharap lebih banyak syarikat pengeluar telefon pintar mengambil inisiatif yang sama untuk memperkenalkan ciri-ciri keselamatan seperti ini.
HONOR Magic7 Pro akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.