iQOO 13 akan dilancarkan di Malaysia pada bulan hadapan dengan cip Snapdragon 8 Elite
iQOO Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar iQOO 13 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada bulan depan, iQOO 13 bersedia untuk mentakrifkan semula sempadan permainan mudah alih dan meningkatkan pengalaman telefon pintar ke tahap baharu.
Selain itu, iQOO 13 juga telah disahkan akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang mampu memberikan prestasi yang tiada tandingan, memastikan pelancaran aplikasi berbilang tugas yang lancar dan sepantas kilat. Digabungkan Supercomputing Chip Q2, peranti ini menawarkan keupayaan permainan yang dipertingkatkan, membolehkan pengguna untuk menakluki walaupun tajuk yang paling mencabar dengan mudah.
Seterusnya, iQOO 13 akan memiliki skrin paparan 2K 144Hz yang memberikan pengalaman permainan visual yang menakjubkan dan mengasyikkan.
Memandangkan tarikh pelancaran semakin hampir, iQOO menjemput peminat teknologi dan penggemar permainan untuk menantikan butiran yang lebih menarik tentang iQOO 13, termasuk ciri-ciri canggih, teknologi inovatif dan reka bentuk yang menawan.