Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 FE – Galaxy AI kini ke Galaxy FE Series

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 FE - Galaxy AI kini ke Galaxy FE Series 1

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 FE - Galaxy AI kini ke Galaxy FE Series 2

Samsung sebentar tadi telah melancarkan Samsumg Galaxy S24 FE, tambahan terbaru kepada ekosistem Galaxy AI yang memberikan pengalaman mudah alih premium kepada lebih ramai pengguna dan lebih penting pada harga yang berpatutan.

Selain itu, Samsung Galaxy S24 FE juga membawakan beberapa penambahbaikan yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman premium dengan kebolehan AI yang menyeluruh.

Bagi yang berminat, Samsung Galaxy S24 FE kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 3,299 dan ini adalah pandangan pertama kami.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 FE - Galaxy AI kini ke Galaxy FE Series 3Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 FE - Galaxy AI kini ke Galaxy FE Series 4

“Galaxy AI is here”

Samsung Galaxy S24 FE hadir dengan Galaxy AI siap tersedia untuk digunakan sebaik sahaja anda menerima telefon pintar, tidak perlu tunggu kemaskini seperti pengguna Apple iPhone 16!

Selain itu, bakal pengguna Galaxy S24 FE juga akan menikmati kesemua Galaxy AI seperti yang ditawarkan pada Galaxy S24 Series dan Galaxy Z Series dan ini termasuk ciri popular Circle to Search with Google, Interpreter, Live Translate, Composer dan Note Assist.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 FE - Galaxy AI kini ke Galaxy FE Series 5

Cip Exynos 2400e + Sistem Penyejukan Vapor Chamber lebih besar

Chipset siri Exynos 2400 (4nm) yang berkuasa membolehkan pengalaman gaming terbaik dan ianya turut membawakan ciri Ray Tracing.

Selain itu, Galaxy S24 FE juga memiliki sistem penyejukan Vapor Chamber yang 1.1x lebih besar berbanding generasi sebelum ini sekaligus mengekalkan prestasi terbaik untuk tempoh yang lebih lama.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 FE - Galaxy AI kini ke Galaxy FE Series 6
Skrin Paparan 6.7″ Dynamic AMOLED 2x

Samsung Galaxy S24 FE menampilkan skrin paparan yang lebih besar iaitu bersaiz 6.7-inci dan ini adalah paparan terbesar pernah ditawarkan pada Galaxy FE Series yang pastinya memberikan anda pengalaman visual yang lebih imersif.

Selain itu, panel Dynamic AMOLED 2x yang digunakan Galaxy S24 FE ini mempunyai Vision Booster dan kadar segar semula 120Hz yang pastinya memberikan anda pengalaman skrin setaraf flagship.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 FE - Galaxy AI kini ke Galaxy FE Series 7

Bateri terbesar pada Galaxy FE Series 

Samsung juga telah meningkatkan kapasiti bateri Galaxy S24 FE sebanyak 200mAh berbanding generasi sebelum ini iaitu ke 4,700mAh yang pastinya menjanjikan jangka hayat bateri lebih baik.

Ianya turut disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 25W, pengecasan tanpa wayar Fast Wireless Charging 2.0 pada kadar 15W dan Wireless PowerShare.

Samsung Galaxy S24 FE Malaysia

7  kemaskini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan Google

Samsung telah mengesahkan bahawa Galaxy S24 FE akan menerima layanan yang sama seperti telefon pintar flagship Samsung dengan menerima 7 kemaskini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan berkala Google.

Inie memastikan Galaxy S24 FE kekal beroperasi pada potensi penuh untuk tempoh lebih lama dan terlindung dari ancaman dunia digital yang sangat bahaya.

Selain itu, Galaxy S24 FE juga diperkukuh dengan ciri keselamatan Samsung Knox, platform keselamatan berbilang lapisan Galaxy yang melindungi maklumat kritikal dan memilihara privasi anda.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 FE - Galaxy AI kini ke Galaxy FE Series 8

Dapatkan Galaxy S24 FE Sekarang!

Samsung Galaxy S24 FE akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Blue, Graphite, Gray dan Mint.

Samsung Galaxy S24 FE kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM 3,299 bagi versi 256GB dan RM 3,899 bagi versi 512GB.

Pra-tempah Samsung Galaxy S24 FE di Samsung Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.