Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix ZERO 40 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,699 sahaja

Infinix ZERO 40 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,699 sahaja 1

Infinix ZERO 40 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,699 sahaja 2

Infinix secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Infinix ZERO 40 5G di Malaysia yang merupakan antara telefon pintar Infinix yang paling cantik dan premium.

Infinix ZERO 40 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,699 sahaja 3

Infinix ZERO 40 5G ini hadir dengan skrin paparan curved-edge AMOLED FHD+ berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz.

Selain itu, ZERO 40 5G ini dikuasakan cip Dimensity 8200 Ultimate, 12GB RAM, 256GB storan dalaman dan antaramuka XOS 14.5 yang berasaskan Android 14.

Infinix ZERO 40 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,699 sahaja 4

Bercakap mengenai kamera, Infinix ZERO 40 5G ini hadir dengan sensor utama 108MP yang memiliki OIS, sensor ultrawide 50MP dan sensor 2MP. Kamera selfie adalah 50MP yang menyokong vlogging dengan rakaman 4K 60fps seperti sensor utama dibelakang. Ianya juga hadir dengan mod GoPro dan pelbagai mod vlogging AI.

Seterusnya, Infinix ZERO 40 5G juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W dan pengecasan tanpa wayar 20W.

Infinix ZERO 40 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,699 sahaja 5

Lain-lain spesifikasi Infinix ZERO 40 5G ini adalah sensor capjari dalam skrin, IR Blaster, dual speaker, penarafan IP54.

Infinix ZERO 40 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,699 sahaja 6

Infinix ZERO 40 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,699 sahaja 7

Akhir sekali, Infinix ZERO 40 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Rock Black, Moving Titanium dan Violet Garden pada harga RM 1,699

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.