Infinix ZERO 40 5G akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 29 Ogos ini
Infinix, telah mengumumkan bahawa Infinix ZERO 40 5G akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 29 Ogos ini.
Sehubungan dengan itu, Infinix telah bekerjasama dengan WGSN, peneraju global dalam ramalan arah aliran pengguna untuk memperkenalkan warna penetapan arah aliran 2025, Violet Garden yang akan disertakan dalam Infinix ZERO 40 5G yang akan ditawarkan tidak lama lagi. Peranti ini juga tersedia dalam dua warna lain yang menakjubkan iaitu Moving Titanium dan Rock Black.
Selain itu, ZERO 40 5G menampilkan kamera hadapan dan belakang dengan keupayaan video 4K 60 FPS bersama teknologi ProStable, memastikan kualiti video yang sempurna. Sistem kamera serba boleh termasuk sensor utama OIS 108MP dan lensa ultra lebar 50MP, sesuai untuk menangkap setiap butiran dan sudut dengan ketepatan.
Seterusnya , ZERO 40 5G juga akan memperkenalkan pengalaman penangkapan yang unik melalui kerjasamanya dengan GoPro. Mod GoPro membolehkan pengguna melaraskan tetapan secara terus dan menggunakan telefon sebagai monitor masa nyata untuk rakaman.
Untuk maklumat lanjut, nanti pelancaran Infinix ZERO 40 5G di Malaysia pada minggu hadapan.