Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno12 F 5G diumumkan dengan ciri Gen AI dan teknologi BeaconLink

OPPO Reno12 F 5G diumumkan dengan ciri Gen AI dan teknologi BeaconLink 1

OPPO Reno12 F 5G diumumkan dengan ciri Gen AI dan teknologi BeaconLink 2

OPPO secara rasminya telah mengumumkan pelancaran satu lagi model OPPO Reno12 Series iaitu OPPO Reno12 F 5G di Malaysia.

OPPO Reno12 F 5G diumumkan dengan ciri Gen AI dan teknologi BeaconLink 3

Terus ke spesifikasi, Reno12 F 5G ini memiliki skrin paparan Flat OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 2,100nits serta ciri Splash Touch.

OPPO Reno12 F 5G diumumkan dengan ciri Gen AI dan teknologi BeaconLink 4

Selain itu, Reno12 F 5G ini juga dikuasakan cip daripada MediaTek iaitu Dimensity 6300, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Ianya turut menawarkan ciri  GenAI canggih kepada pengguna yang dapat membangkitkan kreativiti dalam fotografi dan meningkatkan produktiviti.

Dari segi kamera, Reno12 F memiliki sensor utama 50MP , sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 32MP.

OPPO Reno12 F 5G diumumkan dengan ciri Gen AI dan teknologi BeaconLink 5

Seterusnya, Reno12 F 5G turut disertakan dengan bateri 5,000mAh dengan pengecasan SUPERVOOC 45W (0-100% dalam 71 minit), penarafan IP64 dan ciri BeaconLink yang menyokong panggilan suara peranti ke peranti melalui Bluetooth.

OPPO Reno12 F 5G diumumkan dengan ciri Gen AI dan teknologi BeaconLink 6

Akhir sekali, OPPO Reno12 F 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 bagi versi 12/256GB dan RM 1,799 bagi versi 12/512GB. Ianya tampil didalam dua pilihan warna iaitu Amber Orange dan Olive Green. 

OPPO Reno12 F 5G diumumkan dengan ciri Gen AI dan teknologi BeaconLink 7

Bagi pembelian Reno 12 F mulai hari ini sehingga 10 Ogos akan turut menerima kotak hadiah bernilai RM129.

Tidak lupa, OPPO juga telah bekerjasama dengan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk pengalaman yang menarik kepada semua pengguna.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.