Samsung Galaxy On5 & On7 dilancarkan – dari RM 845
Samsung secara rasminya telah melancarkan satu siri baru iaitu Galaxy On dan dua model terbaru didalam siri ini iaitu On5 dan O7 telah diperkenalkan ke pasaran China.
Samsung Galaxy On5 dan Galaxy On7 hadir dengan reka bentuk yang berasaskan plastic sepenuhnya dengan panel belakang seperti kulit ‘faux-leather’ yang diperkenalkan oleh Samsung sebelum ini.
Galaxy On7 hadir dengan skrin paparan TFT berukuran 5.5-inci, pemproses quad-core berkelajuan 1.2GHz, 1.5GB RAM dan 8GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Galaxy On7 juga hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 3,000 mAh, sokongan dwi-SIM 4G LTE, Android 5.1 Lollipop dan slot microSD.
Samsung Galaxy On7 akan mempunyai harga penjualan sekitar RM 845 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan emas.
Samsung Galaxy On5 pula hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses Exynos 3475, kapasiti RAM yang sama seperti On7 dan 8GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Galaxy On5 turut hadir dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE, bateri berkapasiti 2,600 mAh, slot microSD , kamera utama 8MP dan kamera selfie 5MP.
Samsung Galaxy On5 akan mempunyai harga penjualan sekitar RM 634 dan juga dijangka ditawarkan didalam pilihan warna yang sama seperti Galaxy On7.
Buat masa ini, peranti ini hanya disahkan akan memasuki pasaran China namun pasaran India juga dikatakan akan menjadi antara pasaran terawal menerima telefon pintar ini.
adakah anda akan membelinya jika model ini ditawarkan di Malaysia?