Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy J1 Ace & J2 kini di Malaysia dari RM 399

samsung-galaxy-J1-Ace-and-J2

Samsung Galaxy J1 Ace & J2 kini di Malaysia dari RM 399

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan dua lagi model dibawah siri Galaxy J yang hadir dengan harga penjualan berpatutan iaitu Galaxy J1 Ace dan Galaxy J2.

Samsung Galaxy J1 Ace & J2 kini di Malaysia dari RM 399 1

Samsung Galaxy J1 Ace hadir dengan skrin paparan TFT 4.2-inci, pemproses quad-core 1.2GHz, 768MB RAM, memori simpanan dalaman 4GB dan satu slot microSD yang menyokong kad sehingga 128GB.

Dari segi kamera pula, J1 Ace hadir dengan kamera utama 5MP yang sama seperti pada J1 manakala kamera selfie model ini adalah 2MP.

Selain itu, model ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 1,900 mAh, sokongan dwi-SIM pada rangkaian 4G LTE dan Android 4.4 KitKat.

Dalam pada itu, Galaxy J2 pula hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 4.7-inci, pemproses Exynos 3475, 1GB RAM dengan 8GB ROM.

Samsung Galaxy J1 Ace & J2 kini di Malaysia dari RM 399 2

Selain itu, seperti J1 Ace, Galaxy J2 juga hadir dengan kamera utama 5MP manakala kamera sefie adalah 2MP.
Spesifikasi lain yang dimiliki oleh model ini adalah bateri berkapasiti 2,000 mAh, sokongan microSD ( sehingga 128GB), dwi-SIM LTE dan berasaskan sistem operasi Andorid 5.1.1 Lollipop.

Dari segi harga dan warna pula, Samsung Galaxy J1 Ace akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, hitam dan biru dengan harga penjualan RM 399 manakala bagi Galaxy J2 pula, model ini akan mempunyai harga penjualan RM 599 dengan tiga warna pilihan iaitu putih, hitam dan emas .

Samsung Galaxy J1 Ace dan Galaxy J2 kini sudah mula ditawarkan oleh kesemua pengedar sah produk Samsung di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.