Honor 90 GT kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan skrin 120Hz AMOLED
Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship killer terbaru mereka di China iaitu Honor 90 GT yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama kapasiti RAM sehingga 24GB.
Honor 90 GT memiliki skrin paparan AMOLED berukuan 6.7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan 3,840Hz PWM dimming. Ianya turut memiliki sensor capjari dalam skrin dan kamera selfie punch-hole 16MP.
Selain itu, Honor 90 GT ini memiliki cipset Snapdragon 8 Gen 2, 12GB,16GB atau 24GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Telefon pintar ini juga tampil dengan antaramuka MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 14.
Beralih kepada kamera, Honor 90 GT dilengkapi satu sensor utama IMX906 50MP yang memiliki OIS dan sensor ultrawide 12MP. Ianya juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 100W.
Honor 90 GT akan ditawarkan didalam warna Black, Blue dan Gold pada harga yang bermula dari CNY 2,599 (RM 1,684) sehingga CNY 3,699 (RM 2,397).