Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : CMF Watch Pro – Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 1

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 2

Pengenalan

Syarikat teknologi yang berpangkalan di London iaitu Nothing baru-baru ini telah memperkenalkan jam tangan pintar sulungnya di bawah sub-jenama CMF.

Ianya dikenali sebagai CMF Watch Pro, jam tangan pintar ini ditawarkan dalam dua pilihan iaitu warna Dark Grey, Ash Grey dan dan Orange pada harga RM 339.

Jam pintar bajet ini didatangkan dalam kotak kadbod yang padat bersama dengan kabel pengecasan dan panduan pengguna. Anda juga dikehendaki memasang sendiri tali jam.

Selain itu, jam pintar ini juga menawarkan sokongan yang membolehkanya digunakan bersama peranti Apple (iOS 13 dan ke atas) dan Android yang menjalankan sistem operasi Android 8.0 dan ke atas.

CMF Watch Pro dilihat sebagai satu lagi pilihan baru bagi anda yang mencari jam pintar serba lengkap pada harga mesra poket dan ini adalah ulasan bagi jam pintar ini.

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 3

Reka Bentuk dan Paparan AMOLED yang besar

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 4

Bagi sebuah jam tangan pintar bajet, CMF Watch Pro mempunyai reka bentuk premium. Ia mempunyai kerangka aluminium aloi berbentum segi empat tepat bersama sisi yang melengkung. Jam pintar ini juga mempunyai penarafan kali air dan habuk IP68 yang membolehkanya dipakai ketika akviti kecergasan berintensiti tinggi dan ketika aktiviti air.

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 5

CMF Watch Pro memiliki paparan AMOLED yang bersaiz 1.96-inci dengan resolusi 410 x 502 piksel dengan kadar segar semula 58fps. Ianya boleh dikatakan sebagai antara paparan jam tangan pintar terbesar dipasaran.

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 6

Selain itu, pengguna diberikan pilihan meluas untuk mengubah rekaan ‘watch dials’ mengikut citarasa dan terdapat juga 8 pilihan paparan always-on. Tetapan ini boleh dilakukan melalui aplikasi CMF Watch yang boleh dimuaturun di Google Play Store atau Apple App Store.

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 7

Dalam pada itu, jam tangan ini mempunyai berat sekitar 47g walaupun ianya mempunyai profil rekaan yang besar manakala tali jam adalah bersaiz 22mm yang diperbuat daripada silikon dan ianya juga boleh ditukar dengan mudah namun kami tidak meminati mekanisma menyelit tali ke bahagian dalam yang sukar dan tidak selesa. Mujur, ianya menawarkan sokongan penukaran tali jam universal bersaiz 22mm. 

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 8

Kesihatan & Kecergasan

CMF Watch Pro menawarkan sokongan bagi 110 mod kecergasan yang termasuk yoga dan larian. jam akan turut merekodkan setiap parameter penting ketika anda melakukan aktiviti kecergasan pilihan anda ini.

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 9

Selain itu, Watch Pro juga memiliki GPS terbina yang boleh digunakan untuk aktiviti luar seperti berbasikal, berjalan, berlari, besbol dan mendaki.

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 10

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 11

Seterusnya, CMF Watch Pro turut menampilkan pelbagai sensor yang membolehkan pengguna merakam kadar degupan jantung 24/7, bacaan SpO2 yang memiliki kadar ketepatan pengesanan 99.81% apabila dibandingkan dengan klip oksigen darah perubatan. Ia juga boleh merekod corak tidur dan tahap tekanan, serta langkah, tempoh masa, kalori dan jarak.

Dalam pada itu, jam pintar ini juga menyokong panggilan melalui sambungan Bluetooth dan kualiti panggilan juga jelas. Ianya juga mempunyai pad kekunci yang membolehkan panggilan terus dilakukan pada jam tangan tanpa perlu menggunakan telefon pintar.

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 12

Mikrofon dan pembesar suara terbina juga memastikan bunyi latar belakang yang berkurangan dan kualiti pertuturan yang lebih baik. Ianya telah uji dengan menggunakan lebih 100,000 model bunyi hingar, AI mengenal pasti dengan tepat jenis bunyi hingar dalam persekitaran anda dan menyingkirkanya untuk memastikan panggilan jelas.

Ciri lain pada Watch Pro adalah Weather Forecast, Find My Phone, Find my Watch, Camera Control dan banyak lagi.

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 13

Bateri

CMF Watch Pro memiliki bateri berkapasiti 340mAh yang menawarkan sehingga 13 hari penggunaan atau sekitar 11 hari dengan penggunaan berat.

Kami amat berpuas hati dengan jangka hayat bateri yang ditawarkan pada jam mampu milik seperti ini yang sudah hampir setaraf jam pintar premium.

ULASAN : CMF Watch Pro - Jam tangan pintar serba lengkap pada harga mesra poket 14

Penutup

Kebanjiran jam tangan pintar dipasaran tidak menghalang Nothing untuk melancarkan jam tangan pintar mampu milik dibawah jenama CMF dan Watch Pro adalah permulaan baik bagi syarikat ini.

CMF Watch Pro menawarkan ciri lengkap yang diidam oleh pengguna dan lebih penting pada harga yang boleh dikatakan berpatutan.

Dapatkan CMF Watch Pro pada harga RM 339 di stor rasmi CMF by Nothing di Lazada dan Shopee

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.