CMF Phone 2 Pro kini rasmi pada harga RM 1,199 sahaja

Anak syarikat Nothing iaitu CMF secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Pro pertama mereka iaitu CMF Phone 2 Pro.
CMF Phone 2 Pro ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.77-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 3,000nits. Ianya juga dilengkapi kamera selfie 16MP dan sensor capjari dalam skrin. Panel ini adalah berkualiti tinggi yang menyokong 10-bit warna dan HDR10+ serta dilapisi gelas keselamatan Panda Glass.
Selain itu, CMF Phone 2 Pro ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Pro yang menawarkan 10% peningkatan prestasi CPU dan 5% peningkatan GPU berbanding Dimensity 7300. Ianya memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB. Ianya juga hadir dengan Nothing OS 3.2 yang berasaskan Android 15 dan pengguna akan turut menerima 3 kemaskini Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan.
Pada bahagian belakang, CMF Phone 2 Pro disertakan dengan satu sensor utama 50MP yang merupakan sensor baharu dan didakwa mampu menyerap 64% lebih cahaya berbanding sensor pada Phone 1. Ianya juga memiliki sensor telefoto 50MP yang menawarkan 2x zoom optikal dan sensor ultrawide 8MP.
Dalam pada itu, CMF kini membawakan falsafah modular ke bahagian kamera dimana terdapat lensa yang boleh ditukar untuk mod fotografi makro dan lensa fisheye. Aksesori modular yang lain adalah universal cover dan wallet/stand
Seterusnya, Phone 2 Pro juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W serta pengecasan berbalik 5W dan ia juga memiliki penarafan IP54.
CMF Phone 2 Pro akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199 didalam warna Orange, Black and White. Pra-tempahan kini dibuka di nothing.tech, Lazada Nothing Flagship Store, Shopee Nothing Official Store, Nothing Malaysia TikTok Shop. Ianya juga boleh dipra-tempah melalui rakan pengedar rasmi seperti DirectD, TMT, URBAN REPUBLIC, Vivid Concepts, TAC Mobile, SS Solution dan Nothing Image Store – Plaza Low Yat
Jualan rasmi akan bermula 6 Mei 2025.