Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT5 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan 240W

realme GT5 Malaysia

realme GT5 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan 240W 1

realme secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar kelas flagship terbaru mereka iaitu realme GT 5 yang ditawarkan didalam dua versi yang memiliki teknologi pengecasan berbeza.

realme GT5 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan 240W 2

realme GT5 150W ditawarkan didalam dua varian iaitu 12GB/256GB atau 16GB/512GB manakala realme GT5 240W pula ditawarkan didalam satu varian iaitu 24GB RAM dan storan 1TB.

Selain itu, realme GT5 150W tampil dengan bateri yang mempunyai kapasiti lebih besar iaitu 5,240mAh manakala realme GT5 240W pula memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh.

realme GT5 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan 240W 3

Menariknya, kedua-dua model ini akan tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama sistem penyejukan 9-lapisan dengan ruang wap 20,827mm².

realme GT5 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan 240W 4

Beralih kepada paparan, realme GT5 tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz. Ianya juga memiliki cip display X7 yang memastikan kadar bingkai yang stabil ketika gaming, menawarkan kecerahan maksima sehingga 1,400nits dan 2,160Hz PWM Dimming.

realme GT5 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan 240W 5

Beralih kepada kamera, realme GT5 memiliki sensor utama 50MP Sony IMX890 dengan OIS dan aperture f/1.9, satu sensor ultrawide 8MP 112° dan sensor makro 2MP. terdapat lampu LED yang menyinari sekeliling logo Snapdragon dan ianya mampu menyala didalam 26 warna dan 5 tahap kecerahan. Kamera selfie adalah 16MP.

realme GT5 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan 240W 6

Seterusnya, realme GT5 juga menawarkan sokongan dwi-SIM 5G, 4 antena Wi-Fi yang menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, pembesar suara stereo Dolby Atmos, sensor capjari dan banyak lagi.

realme GT5 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan 240W 7

realme GT5 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Silver dan Green pada harga yang bermula dari CNY 2,999 (RM 1,913) bagi versi 150W dan CNY 3,799 (RM 2,422) bagi versi 240W.

realme GT5 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan 240W 8

Buat masa ini tiada lagi maklumat mengenai pelancaran global diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.