nubia REDMAGIC 9 dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dikesan di GeekBench
Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cipset Snapdragon 8 Gen 3 mereka pada penghujung bulan Oktober namun ujian protaip bersama pengeluar telefon pintar telah pun bermula.
Sebuah model prototaip telefon pintar dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 telah dikesan di GeekBench yang menyaksikan ianya memperoleh mata ujian multi-core sebanyak 5,977 iaitu 20% lebih baik berbanding cip Snapdragon 8 Gen 2.
Seterusnya, telefon pintar yang dikesan di GeekBench ini adalah NX769J iaitu ZTE nubia Red Magic 9 yang dilihat mempunyai 12GB RAM dan Android 14.
Qualcomm dilaporkan akan memperkenalkan arkitektur baharu pada cipset flaghsip ini dimana CPU-nya akan memiliki konfigurasi teras 1x Cortex-X4 + 5x Cortex-A720 + 2x Cortex-A520 dan GPU Adreno 720.
Segala teka-teki mengenai cipset Snapdragon 8 Gen 3 akan terjawab pada Snapdragon Summit yang dijangka akan berlangsung pada 24 Oktober.