realme 11 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos ini
realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 11 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-5 syarikat ini.
realme juga telah mengesahkan beberapa spesifikasi utama telefon pintar ini antaranya adalah sensor utama 108MP Samsung ISOCELL HM6 dengan teknologi 3x lossless zoom-in, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 67W SUPERVOOC yang membolehkan pengecasan dari 0-100% dilakukan didalam masa 17 minit sahaja.
Selain itu, telefon pintar serba baharu itu membawa standard estetik segmen ke tahap baharu dengan rekaan Glory Halo.
Reka bentuk serba baharu ini menampilkan modul yang diperbuat melalui proses pembuatan yang kebiasaanya digunakan pada jam tangan premium, sekaligus meningkatkan kualiti reka bentuk dengan ketara.
Selain realme 11 5G, realme juga dijangka akan memperkenalkan realme 11x 5G namun tidak dapat disahkan samada telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak.