Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Bagaimana Samsung Galaxy Z Flip5 mampu membantu anda menjadi bintang TikTok baharu

Samsung Galaxy Z Flip5 telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini dengan upgrade terbesar sejak ianya diperkenalkan buat kali pertama beberapa tahun lalu.

Cover Screen atau Flex Window didalam kamus Samsung, merujuk kepada paparan hadapan Galaxy Z Flip5 yang kini bersaiz 3.4-inci yang bersamaan dengan 3.78 kali ganda lebih besar berbanding paparan Cover Screen pada Galaxy Z Flip4.

Dengan Flex Window yang lebih besar, Samsung Galaxy Z Flip5 memberikan anda pengalaman kamera yang unik yang  mungkin merupakan peranti terbaik untuk mencipta kandungan TikTok khususnya dengan penggunaan sistem dwi-kamera 12MP yang memiliki OIS.

Berikut adalah beberapa ciri kamera menarik yang boleg digunakan untuk anda mengambil kandungan menarik yang membantu anda menjadi seorang bintang TikTok popular :

Ambil gambar menggunakan Flex Window

Apabila Samsung Galaxy Z Flip5 dilipat, anda boleh mengaktifkan kamera dengan menekan butang kuasa sebanyak dua kali atau menekan ikon kamera pada Cover Screen Home.

Selepas itu, anda boleh mengambil gambar dengan hanya menekan pada skrin atau tunjukan tapak tangan anda 🤚🏻 untuk mengambil gambar secara automatik didalam 1-2 saat.

Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar potret dengan latar belakang yang dikaburkan dan terdapat pelbagai pilihan filter untuk menjadikan gambar potret anda lebih unik dan bergaya.

Dalam pada itu, anda juga diberikan pilihan untuk merakam video terus pada Flex Window namun ianya terhad pada resolusi FHD (30fps) sahaja. Anda juga boleh merakam video malam dengan bantuan AI yang memastikan kekaburan diatasi dengan menyeluruh serta penghasilan warna yang lebih baik.

FlexCam

Mod FlexCam membolehkan anda mengambil gambar atau video tanpa perlu memegang telefon pintar ini dan pada sudut yang lebih unik.

Sebagai contoh, anda boleh merakam video mod ladskap beresolusi tinggi pada sudut separuh lipatan dan ianya juga menawarkan dual preview untuk anda melihat secara langsung rakaman yang sedang dibuat.

Ini membolehkan anda mencipta kandungan TikTok atau Instagram yang lebih kreatif dan kamera Galaxy Z Flip5 ini juga menyokong ciri auto-framing untuk anda mengambil gambar kumpulan yang lebih sempurna dan memastikan setiap orang ada pada gambar.

Untuk memudahkan lagi rakaman video atau imej, anda juga boleh menggunakan ciri remote camera control yang tersedia pada jam pintar Galaxy Watch6.

Kesemua ciri kamera ini hanya mungkin pada Samsung Galaxy Z Flip5 yang mampu menjadikan setiap kandungan yang dicipta adalah unik dan terbaik dari semua aspek.

Tunggu apa lagi, pastikan anda mendapatkan Samsung Galaxy Z Flip5 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,499 dan mulakan perjalanan anda untuk menjadi bintang TikTok tersohor.

Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip 5 di Samsung Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.