REDMAGIC 8S Pro akan ditawarkan pada harga promosi serendah RM 3,149 sahaja pada 14 hingga 18 Ogos ini
Telefon pintar gaming REDMAGIC 8S Pro telah disahkan akan mula ditawarkan di Malaysia dari 14 Ogos ini pada harga bermula dari RM 3,699.
REDMAGIC 8S Pro ini dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih pantas dengan berbanding pada REDMAGIC 8 Pro , kapasiti RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Ianya turut memiliki shoulder trigger 520Hz dengan waktu respons 7.4ms.
Beralih ke skrin, REDMAGIC 8S Pro akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 960Hz. Ianya juga disertakan dengan kamera selfie 16MP in-display.
Ke kamera pula, telefon pintar terbaru gaming syarikat ini juga memiliki sensor utama 50MP ISOCELL GN5, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
REDMAGIC 8S Pro mempunyai sistem penyejukan ICE 12.0, termasuk beberapa lapisan kepingan grafit dan ruang wap 3D dengan 2,068 cu.mm. kipas penyejuk pada sisi kini beroperasi pada kadar 20,000rpm dan terdapat lapisan grafit yang meliputi keseluruhan skrin.
Selain itu, REDMAGIC 8S Pro disertakan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh bersama pengecasan pantas 65W dan antaramuka REDMAGIC OS 8.0
REDMAGIC telah mengumumkan bahawa REDMAGIC 8S Pro akan ditawarkan didalam promosi istimewa dari 14 hingga 18 Ogos ini iaitu dengan penjimatan sebanyak RM 550 bagi setiap varian iaitu Midnight (12+256GB) pada harga RM 3,149, Platinum (16+512GB) pada harga RM 3,949 dan Aurora (16+512GB) pada harga RM 3,949 secara eksklusif di Shopee.
Jualan istimewa akan bermula pada 14 Ogos ini stor REDMAGIC di Shopee (REDMAGIC MY)