Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Engsel Flex Hinge Samsung Galaxy Z Flip5 bertahan lebih 400,000 kitaran liptan

Saluran YouTube Mrkeybrd baru-baru ini telah melakukan ujian ‘Great Folding’ yang menguji ketahanan engsel Galaxy Z Flip5 berbanding Motorola Razr 40 Ultra atau Motorola Razr+

Berdasarkan ujian yang disiarkan secara langsung ini, Samsung Galaxy Z Flip5 berjaya bertahan sehingga 401,156 lipatan sebelum ianya rosak dan terdapat juga isu dimana ianya tidak dapat mengekalkan sudut separuh lipatan selepas 223,000 lipatan.

Menariknya, Samsung berkata engsel Z Flip5 ini mampu bertahan sehingga 200,000 lipatan atau secara purata 100 lipatan sehari untuk tempoh 5 tahun namun ianya menggunakan mesin dan mungkin tidak menyamai senario penggunaan sebenar.

Sebagai perbandingan, Motorola Razr 40 Ultra bertahan hanya sekitar 126,666 kitaran lipatan dan terdapat isu yang timbul selepas 44,000 kitaran. Ini jauh tersasar dari dakwaan Motorola yang berkata ianya boleh bertahan sehingga 400,000 lipatan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.