realme Pad 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai ini
realme dilaporkan akan melancarkan generasi kedua tablet mereka pada 19 Julai ini yang akan dikenali sebagai realme Pad 2.
realme Pad 2 hadir dengan skrin paparan 10-bit (1 bilion warna) beresolusi 2K dengan kadar segar semula 120Hxz dan ianya turut disertakan dengan O1 Ultra Vision Engine. Paparan ini juga membawakan ciri DC dimming dan kecerahan maksima 450nits.
Selain itu, realme Pad 2 juga akan memiliki modul kamera berbentuk bulat dibahagian belakang yang menempatkan dua sensor kamera dan terdapat juga pembesar suara (2×2 pada sisi kanan dan kiri apabila dipegang pada mod landskap).
Selain itu, laporan juga mendakwa bahawa tablet ini akan dikuasakan cip Helio G99 yang menyokong rangkaian LTE sahaja dan ianya turut dijangka akan ditawarkan didalam varian Wi-Fi sahaja.
Untuk permulaan, realme Pad 2 akan ditawarkan dipasaran India sebelum ke pasaran antarabangsa didalam waktu terdekat.