HONOR 90 Pro dilancarkan dengan sensor 200MP dan cip Snapdragon 8+ Gen 1
Honor secara rasminya telah memperkenalkan Honor 90 Series di China dan ianya tampil dengan penambahbaikan yang minima apabila dibandingkan dengan generasi sebelum ini.
Buat masa ini telefon pintar ini telah dilancarkan di China namun ianya telah disahkan akan memasuki pasaran global didalam waktu terdekat.
Didalam artikel ini kita akan memperkatakan tentang Honor 90 Pro yang merupakan model premium didalam siri telefon pintar ini.
Honor 90 Pro tampil dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 2700 x 1224 piksel dengan kadar 120Hz, HDR dan kecerahan maksima sehingga 1,000nits.
Selain itu, panel hadapan juga menempatkan dua kamera selfie iaitu satu sensor 50MP bersama sensor Depth 2MP yang turut menampilkan sokongan rakaman video 4K.
Selain itu, Honor 90 Pro ini dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, dua pilihan RAM iaitu 12GB atau 16GB, storan sehingga 512GB dan MagicUI 7.1 yang berasaskan Android 13.
Pada bahagian belakang, Honor 90 Pro tampil dengan sensor utama 200MP ISOCELL HP3 yang mempunyai aperture f/1.9, sensor ultrawide 12MP dan sensor potret 32MP dengan 2.5x zoom optik dan OIS.
Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W (0-56% dalam masa 15 minit), pembesar suara stereo dan GPU Turbo X.
Honor 90 Pro ditawarkan didalam 4 warna iaitu Silver, Black, Green, dan Ice Feather Blue pada harga dari CNY 3,299 (RM 2,142).