Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A24 akan ditawarkan didalam warna silver

Samsung Galaxy A24 telah dilancarkan di Malaysia pada awal bulan Mei pada harga RM 999.

Kini, Samsung telah mengumumkan Galaxy A24 akan ditawarkan didalam warna baharu iaitu warna Silver bermula 1 Jun ini yang menjadikan telefon pintar ini ditawarkan didalam 4 pilihan warna yang termasuk warna Light Green, Black dan Dark Red.

Selain itu, setiap pembelian sebelum 30 Jun juga akan menerima satu tahun lanjutan waranti dan clear case bernilai RM 79 secara percuma.

Bercakap mengenai spesifikasi, Galaxy A24 ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 90Hz berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+, cip MediaTek Helio G99, 8GB RAM + 8GB RAM Plus dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, Galaxy A24 hadir dengan sensor utama 50MP yang memiliki OIS, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie adalah 13MP.

Seterusnya, Samsung Galaxy A24 juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W dan ianya juga akan hadir dengan 4 kemaskini Android serta 5 tahun kemaskini keselamatan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.