Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 90 turut dilancarkan dengan sensor 200MP – harga sekitar RM 1,662

Honor 90

Selain Honor 90 Pro, Honor juga telah memperkenalkan Honor 90 di China namun akan turut memasuki pasaran global tidak lama lagi.

HONOR 90 Pro dilancarkan dengan sensor 200MP dan cip Snapdragon 8+ Gen 1

Honor 90 tampil dengan skrin paparan 1-bilion warna AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 2664 x 1200 piksel dengan kadar 120Hz, HDR dan kecerahan maksima sehingga 1,600nits.

Selain itu, panel hadapan juga menempatkan kamera selfie iaitu  sensor 50MP manakala pada bahagian belakang terdapat sensor utama 200MP ISOCELL HP3 yang mempunyai aperture f/1.9, sensor ultrawide 12MP dan sensor depth 2MP. tiada OIS disertakan.

Selain itu, Honor 90 ini dijana cip Snapdragon 7 Gen 1, dua pilihan RAM iaitu 12GB atau 16GB, storan sehingga 512GB dan MagicUI 7.1 yang berasaskan Android 13.

Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W , pembesar suara stereo dan GPU Turbo X.

Honor 90 ditawarkan didalam 4 warna iaitu Silver, Black, Green, dan Ice Feather Blue pada harga dari CNY 2,499 (RM 1,662).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.