Xiaomi Redmi Watch 3 kini di Malaysia dengan GPS terbina dan 12 hari jangka hayat bateri
Selain pelancaran Redmi Note 12 Series di Malaysia, Xiaomi juga telah memperkenalkan jam pintar terbaru syarikat ini iaitu Redmi Watch 3.
Redmi Watch 3 adalah sebuah jam pintar yang memiliki skrin paparan AMOLED 1.75-inci dengan chasis yang diperbuat daripada keluli dengan teknologi NCVM didalam dua warna iaitu Black dan Ivory.
Redmi Watch 3 juga ditawarkan didalam dua tali jam edisi terhad bersama 200 rekaan watch faces.
Selain itu, Redmi Watch 3 juga memiliki GPS terbina, kalis air 5ATM, 121 mod kecergasan, bacaan SpO2 , kadar degupan jantung, tidur, dan fungsi pemantauan kesihatan yang lain.
Dalam pada itu, Redmi Watch 3 juga mempunyai jangka hayat bateri sehingga 12 hari dengan penggunaan normal dan ianya juga memiliki pembesar suara HD dan mikrofon dengan ciri pembatalan bunyi hingar untuk panggilan yang lebih jelas.
Akhir sekali, Redmi Watch 3 akan ditawarkan pada harga RM 429 namun akan ditawarkan pada harga promosi RM 399 sehingga 30 April ini dan akan turut disertakan dengan tali jam percuma.